Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 12 January 2015

Uzair Hidup Selepas 100 Tahun Ditidurkan


Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh A.S. dan Nabi Ibrahim A.S. iaitu sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS. Nabi Uzair A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T, salah satu diantara 313 orang Rasul utusan Allah. 

Kemusnahan kota Jerusalem
Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali akibat sikap mereka yang degil. Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka iaitu tentera dari kalangan bangsa Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang menyerang Jerusalem dan membunuh penduduknya dan seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali termasuklah harta benda mereka yang dirampas. Kota tersebut sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal.

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil meninggalkan kemusnahan di belakangnya, Nabi Uzair A.S. telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat. 

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada Allah S.W.T dengan berkata “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?"

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun. Dalam tempoh 70 tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah pesat dan membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula
Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau menghidupkan kembali beliau dengan jasadnya sebagaimana sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada beliau: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Beliau menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) beliau pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS 2 Al Baqarah 259).

Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan masyarakat
Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke rumahnya sendiri yang ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun. Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair? Beliau (wanita itu) mengiakan persoalan itu dan menyatakan yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya, apabila beliau berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair, wanita itu pun mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan nabi Uzair pun didatangi oleh anaknya sendiri yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua bahunya. Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat
Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan kitab itu sudah dibakar kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi Uzair mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat dari tempat persembunyian asalnya, didapati kertasnya sudah reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula kitab Taurat, maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah disebabkan dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka, ini adalah tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau tidak mampu menyampaikan ajaran kitab Taurat kecuali daripada penulisan Taurat itu sendiri sedangkan Nabi Uzair berupaya menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya. Perbuatan mereka ini amatlah tercela dan dilaknat oleh Allah kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Hal ini telah dirakamkan dalam Al Quran yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah 9:30)

*Sumber dari alfateh90.blogspot.com

http://detikislam.blogspot.com/2013/02/bacalah-sebelum-mati.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...