Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 11 February 2015

[ANWAR BERSALAH LIWAT] Peringatan kepada Amerika jangan campur tangan



BANGI, 11 Feb – Tuduhan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bahawa keputusan mahkamah memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan kebimbangan mengenai keluhuran undang-undang dan kebebasan mahkamah, boleh disifatkan sebagai campur tangan asing yang boleh menggugat kedaulatan negara ini.
“Kita sebenarnya sudah menjangkakan akan timbul kenyataan seperti ini dari pihak Amerika,” kata Yang Dipertua ISMA Pasir Puteh, Ustaz Sharipuddin Ab Kadir kepada ISMAweb.
“Mereka begitu kalut untuk campur tangan kerana Anwar adalah tokoh yang akan melaksanakan kehendak dan agenda mereka.
“Kononnya mengatakan sistem kehakiman Malaysia tidak adil dan tidak bebas.
“Pada hal sejarah membuktikan Amerika sendiri tidak pernah memberi keamanan dan keadilan di dunia ini kecuali untuk kepentingannya dan keamanan Yahudi,” tegasnya ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan AS yang mendakwa wujud kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan kebebasan Mmhkamah apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan hukuman lima tahunpenjara ke atas Anwar.
Ustaz Sharipuddin berkata, kejelekan AS sebenarnya bukan sahaja dalam bidang perundangan, malahan dari segi ekonomi, pendidikan, politik dan sosial yang cuba dipaksakan terhadap semua negara agar mengikut cara mereka.
“Lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin, Mesir, Yaman, Syria dan lain lagi.
“Apa-apa tindakan atau ketetapan mesti menjaga kepentingan dan keamanan AS dan Yahudi.
“Jika berlaku sebaliknya maka ianya dikira tidak adil, tidak bebas, tidak telus dan pelbagai istilah lagi,” katanya.
Dalam pada itu, White House menerusi portal rasminya telah melancarkan petisyen membantah penahanan Anwar dan kempen bebaskan Anwar dengan sasaran 100,000 tanda tangan dikumpul sehingga 12 Mac depan.
http://celahgelegar.blogspot.com/2015/02/anwar-bersalah-liwat-peringatan-kepada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...