Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 8 February 2015

(BOIKOT AIR MINERAL) Boikot segera air mineral 500 ml berharga lebih RM1



KUALA LUMPUR 5 Feb. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan masyarakat di negara ini memboikot sebarang jenama air mineral berisipadu 500 mililiter (ml) yang dijual melebihi harga RM1 di pasaran tempatan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan seumpama itu wajar dilakukan bagi menyedarkan peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan walaupun harga minyak turun.

Katanya, menerusi Jawatankuasa Pusat Penyelidikan Boikot Pengguna, tempoh boikot disarankan adalah tiga bulan bermula hari ini dan akan dikaji semula sekiranya terdapat maklumat dan fakta baharu yang dikemukakan peniaga.

“Kami kesal dengan peniaga yang bertindak menaikkan harga barangan sesuka hati meskipun harga minyak kini menurun. Justeru, sebagai permulaan dalam kajian, kami memilih memboikot air mineral berikutan harga yang dijual tidak munasabah.

Pihak kami dapati ada juga peniaga yang menjual air mineral 500 ml sehingga RM3.50. Harga tersebut dilihat lebih mahal daripada harga minyak.

“Jadi, sebagai pengguna kita harus bersatu memboikot air mineral yang dijual melebihi harga sepatutnya. Inilah masanya pengguna bangkit menyuarakan hak mereka,” katanya dalam sidang akhbar kempen boikot air mineral di sini.-UTUSAN ONLINE

http://celahgelegar.blogspot.com/2015/02/boikot-air-mineral-boikot-segera-air.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...