Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 22 February 2015

Kisah seorang Melayu



Seorang lelaki berkulit sawo matang suatu hari telah merantau ke sebuah negeri beriklim sejuk. Melihat dari penampilannya, berambut pirang, seperti dia telah mewarnakan rambutnya.

Dia memasuki sebuah muzium kesenian untuk melihat tamadun negara tersebut. Di satu sudut dia terkejut, kerana melihat ada sebuah manuskrip tentang tamadun Melayu.

"Eh! Tak mungkin manuskrip ini milik negara ini? Sedangkan tanah Melayu terlalu jauh dari sini," detik hati lelaki itu.

Kerana tidak berpuashati dengan apa yang dilihatnya, lalu dia mencari seorang kakitangan muzium yang bertugas untuk menanyakan sesuatu yang menjadi kemusykilan di fikirannya.

Lalu dia ke kaunter pertanyaan, " Hello miss, may i ask you something?' soal lelaki itu.

"Ya, tuan, boleh saya bantu?" soal gadis itu semula.

Bertambah binggung lelaki itu, mendengar gadis itu berbahasa Melayu.

"Eghrrr..kamu boleh berbahasa Melayu?" soal lelaki itu lagi.

"Mengapa tidak tuan, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa dunia. Ingatkah pepatah Hang Tuah yang mengatakan, tak kan Melayu hilang di dunia. Jadi inilah yang dimaksudkan Tuah itu tuan." lancar gadis itu memberitahu.

" Tuah tidak maksudkan bangsa Melayu tapi dia maksudkan bahasa Melayu itu sendiri. Jika orang Melayu boleh berubah menjadi orang Inggeris, namun bahasa Melayu tetap bahasa Melayu tuan," tambah gadis itu lagi.

Lelaki itu terkedu mendengar penerangan gadis itu. Ada benarnya kata gadis itu, selama ini dia lebih bangga hidup cara barat dari hidup cara asal usulnya. Malah dia juga lebih senang bertutur bahasa asing dari menggunakan bahasa sendiri.

Tiba-tiba sedang dia mengelamun itu, dia dikejutkan dengan bunyi guruh yang kuat. Terus dia tersedar, dan bila dia memandang sekelilingnya rupanya dia masih di sofa.

"Oh! Aku terlelap rupanya," sambil tersenyum dia bangun lalu meletakkan buku 'Tamadun yang hilang' di atas meja lalu terus ke bilik air mengambil wudhuk. (karya: Ezah Nor)


https://www.facebook.com/146299788770386/photos/a.151182671615431.38068.146299788770386/669270243140002/?type=1&permPage=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...