Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 12 February 2015

Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz meninggal dunia....Al-Fatihah



KOTA BHARU 12 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghidap kanser prostat tahap empat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, di sini pada pukul 9.40 malam ini.

Pemergian Nik Abdul Aziz, 84, dimaklumkan ahli keluarga terdekat beliau sebentar tadi.

Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian.

Ketika diusung keluar, bekas Menteri Besar itu dikawal ketat oleh pihak keselamatan hospital dan dilihat tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pulau Melaka mendapati orang ramai mula memenuhi pekarangan rumah beliau.

Ahli keluarga serta saudara-mara terdekat yang berada di dalam rumah pula dilihat sedang membaca surah Yassin.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, 9.45 malam ini.

Nik Abdul Aziz sebelum itu yang dilaporkan tenat dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada pukul 8.40 malam. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/02/mursyidul-am-pas-nik-abdul-aziz.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...