Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 10 February 2015

Persoal Khutbah Jumaat : Exco Kerajaan Pulau Pinang Disiasat Polis!!


Polis akan menjalankan siasatan terhadap Ahli Exco Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat berkenaan isu menutup aurat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi status akaun Twitternya malam tadi, berkata Chong Eng akan disiasat di bawah Seksyen 298 Akta Kanun Keseksaan.



"PDRM berkali-kali mengingatkan orang awam supaya berhati-hati membuat komen yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama, tetapi tidak juga diendahkan," katanya.

Media dalam talian melaporkan Chong Eng dalam kenyataannya semalam mengkritik khutbah Jumaat minggu lepas oleh Jabatan Agama Islam yang bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri”.

Laporan itu memetik Chong Eng yang menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan. – Bernama

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/02/persoal-khutbah-jumaat-exco-cina-penang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...