Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 12 February 2015

Rakyat Asing Ulas Kes Anwar Jadi Viral....



KUALA LUMPUR 11 Feb - Ulasan seorang pengguna Facebook yang berbangsa Inggeris menjadi viral dalam media sosial kerana menyokong hujah hukuman penjara dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Bagi pengguna Facebook berkenaan, John Preston, Anwar telah diberi peluang untuk memberi keterangan bersumpah bagi membela dirinya di mahkamah namun kesempatan itu langsung tidak digunakan.

“Dia mempunyai mulut yang besar (banyak bercakap) di luar mahkamah tetapi di dalam mahkamah, dia tidak berkata apa pun.

“Ia banyak mengkritik sistem perundangan namun penjara sebenarnya penuh dengan mereka yang mendakwa mereka tidak melakukan (kesalahan),” kata pengguna Facebook itu dalam kiriman media sosial yang tersebar meluas.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari dan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Menurut Preston, banyak fakta yang menyabitkan Anwar kepada sabitan bersalah itu termasuk keengganan Anwar untuk bersumpah dengan kitab suci al-Quran.

“Daripada apa yang saya baca, Anwar telah menarik balik saksi alibinya kerana ada bukti kamera litar tertutup (CCTV) yang akan menyangkalnya... bukti DNA (asid deoksiribonukleik) juga 100 peratus berpadanan,” katanya.

Katanya, Anwar perlu menjalani hukuman itu dan beliau berharap Anwar berhenti untuk menjatuhkan lagi kedudukan Malaysia.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/02/panasss-bebbbrakyat-asing-ulas-kes.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...