Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 11 February 2015

'Saya tak bersalah' - Anwar

PUTRAJAYA - [KEMASKINI] "Saya tidak bersalah. Kejadian liwat tidak pernah berlaku," demikian ungkapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diberi peluang mengemukakan rayuan pengurangan hukuman secara lisan kepada mahkamah, semalam.

Anwar, 67, dengan nada sebak berkata, keputusan itu melengkapkan konspirasi politik bagi menjatuhkan karier politiknya.

"Yang Arif-Yang Arif (merujuk kepada panel lima hakim) tidak mengambil kira hujahan para peguam saya sejak dari hari pertama. Insiden itu (liwat) tidak pernah berlaku," katanya.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan yang sepatutnya mendengar rayuan peringanan hukuman daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kelihatan agak terkejut dengan kecaman pemimpin pembangkang itu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai sidang itu meminta Anwar berhenti daripada mengeluarkan kata-kata menghina mahkamah.

"Kamu boleh merayu tapi jangan menghina mahkamah ini," Arifin memberi amaran.

Anwar bagaimanapun meneruskan ucapannya dengan nada yang lebih lantang.

Anwar berkata bukan satu kebetulan apabila Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan itu hanya beberapa minit sejurus mahkamah mengumumkannya sedangkan hukuman masih belum diputuskan.

Anwar menyelar keputusan hakim-hakim itu yang beliau kaitkan dengan pemerintah politik serta sistem kehakiman yang berkecuali.

Beliau berkata, hakim-hakim itu boleh mengharumkan nama (dalam keputusan tersebut), tetapi memilih sebaliknya.

Sekali lagi panel hakim meminta Anwar berhenti mengutuk mahkamah.

Namun Anwar meneruskan ucapan beliau dan menyebut mengenai konspirasi politik sehingga menyebabkan semua hakim bangun dan meninggalkan tempat duduk mereka.

Insiden itu menyebabkan mahkamah terpaksa ditangguhkan kira-kira 15 minit sebelum dimulakan semula.

Walaupun ketika sidang ditangguhkan, Anwar tetap meneruskan kata-katanya dengan penuh semangat.

"Kerja keras akan diteruskan, tidak kira di mana saya berada dan apa yang dilakukan terhadap saya. Kepada semua penyokong, terima kasih diucapkan; ikhlas dari hati saya. ALLAH kekuatan saya. Saya berjanji saya tidak akan berdiam diri. Saya akan berjuang demi kebebasan dan keadilan. Saya tidak akan menyerah kalah," katanya.

Sejurus selepas kata-kata tersebut, dewan mahkamah bergema apabila penyokong Anwar melaungkan reformasi dan takbir. Hakim-hakim kembali mengambil tempat apabila suasana mahkamah kembali tenang.

Arifin kemudian membacakan keputusan bahawa mahkamah itu menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menambah hukuman serta menolak rayuan peguam bela untuk mengurangkan hukuman dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar.


http://blog2-barisan.blogspot.com/2015/02/berani-membuat-pilihan_11.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...