Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 16 February 2015

Tanjak - Hiasan Kepala Tradisional Lelaki Melayu


Tanjak dan samping menjadi sebahagian daripada kelengkapan pakaian tradisional lelaki Melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini. Seni lipatan dan ikatannya pula wujud di kalangan masyarakat Melayu sejak zaman awal kerajaan Melayu seperti Palembang, Jambi, Pagar Ruyung, Brunei Darussalam, Sulu dan Kesultanan Melayu Melaka.


Istilah tanjak, setanjak, tengkolok dan destar adalah sinonim menerangkan mengenai hiasan kepala yang digunakan lelaki. Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan bahawa tanjak, tengkolok dan destar, adalah sama, cuma panggilannya mengikut tempat di mana ia diguna pakai.

Contohnya, ia lebih dikenali sebagai destar atau deta di Negeri Sembilan, tanjak di Selangor, tengkolok pula di Perak manakala setangan di Kelantan dan Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...