Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 4 February 2015

Ustaz Kazim buat laporan polis


IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim hari ini membuat laporan di Balai Polis Manjoi di sini, berhubung penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berbaur perkauman.

Ustaz Kazim yang membuat laporan polis pada 9.40 pagi, bagaimanapun enggan memberi kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan terus beredar meninggalkan pekarangan balai polis.

Anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat menunggu di luar pekarangan balai polis berkenaan sebagai tanda sokongan mereka kepada Ustaz Kazim.

Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28331#sthash.3hIBVbmT.dpuf

http://blog2-barisan.blogspot.com/2015/02/berani-membuat-pilihan_4.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...