Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 31 March 2015

[1 APRIL 2015 MULA GST] Proton Umum Harga Baru DIKURANGKAN RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini

 

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit berkuat kuasa hari ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga di atas jalan itu termasuk kesemua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz, kata syarikat itu dalam satu kenyataannya.

Kesemua harga berkenaan termasuk cukai enam peratus sebagaimana ditetapkan GST.


"Pengguna bukan sahaja membeli kereta yang bernilai untuk wang mereka,tetapi turut memiliki kualiti serta ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

"Sebagai contoh, pengguna boleh membeli seunit Proton Saga pada harga serendah RM33,242.40 atau memiliki Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Proton berkata, sebagai satu-satunya pengeluar kereta yang lengkap sepenuhnya di rantau ini, ia sentiasa berdedikasi untuk memenuhi peranan berkhidmat kepada negara, khususnya bagi memenuhi matlamat pelaksanaan GST berkenaan.

Malah, atas alasan itu, biarpun perlu mengurangkan harga keretanya, Proton sebaliknya telah meningkatkan nilai produk menerusi aspek keselamatannya.

Ini sekaligus turut memaparkan komitmen Proton untuk terus mempertingkat produk dan perkhidmatannya di semua peringkat dan menawarkan rakyat Malaysia pilihan memiliki kereta yang selamat, berkualiti dan bernilai untuk wang.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.proton-edar.com.my 

Honda, Toyota juga turun harga

Dua syarikat gergasi kereta Jepun, Honda dan Toyota mengumumkan penurun­an harga kereta seiring dengan pelaksananaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), antara RM500 hingga RM4,000 mengikut model. 

Honda Malaysia mengumumkan pengurangan harga antara RM500 sehingga RM2,500 sebuah bagi model-model pemasangan tempatan (CKD) keluarannya manakala UMW Toyota pula mengisytiharkan penurunan sehingga RM4,000 mengikut model. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, antara model CKD yang mengalami penurunan harga termasuklah Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan HR-V. 

“Secara keseluruhannya penjimatan daripada pelaksanaan GST akan diberikan kepada para pelanggan melalui penurunan harga model-model CKD. “Namun begitu, berdasarkan kepada pengiraan GST import, harga bagi model Odyssey yang merupakan model import sepenuhnya (CBU) dijangka mengalami sedikit kenaikan di antara RM500 hingga RM1,000,” katanya pada majlis meraikan media di sini semalam. 

Selain itu Ueno berkata, harga alat ganti juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus bagi semua model. “Bagaimanapun GST akan ditambah ke dalam kos buruh, tetapi memandangkan harga alat ganti telah dikurangkan, kami menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sebanyak dua hingga empat peratus bergantung kepada model,” jelasnya. 

Sementara itu, Presiden UWM To­yota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihak syarikat akan menyalurkan 100 peratus kos penjimatan GST kepada pelanggan semasa pembelian mana-mana model Toyota dan Lexus. “Pembeli kereta di seluruh negara telah membuat spekulasi bagaimana pelaksa­naan GST akan menjejaskan harga jualan kereta dan kami di Toyota menafikan salah tanggapan ini, dan akan terus menawarkan penjimatan kepada para pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, di bawah rejim GST, terdapat implikasi berbeza kepada perniagaan dalam pelbagai bidang daripada pengiraan cukai, pemungutan, pemulangan, penyatuan kepada penyediaan kos, berbanding kepada sistem sedia Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Ismet berkata, sebagai tanda sokongan UMW Toyota Motor terhadap pelaksanaan GST, syarikat akan telus dalam transaksi perniagaannya dan akan mematuhi sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2014. 

http://celahgelegar.blogspot.com/2015/04/1-april-2015-mula-gst-proton-umum-harga.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...