Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 3 March 2015

Buku ASB Lelaki Ini Hilang 2011 Ditemui Semula 2015 Dan Hasilnya Sangat Mengejutkan

kisah buku asb hilang

Buku ASB Lelaki Ini Hilang 2011 Ditemui Semula 2015 Dan Hasilnya Sangat Mengejutkan

Satu kisah yang menjadi viral di facebook telah dikongsikan oleh Oh Media beberapa jam lepas. Kisah ini menceritakan mengenai seorang lelaki yang terkejut melihat jumlah wang dari akaun ASBnya setelah beberapa tahun dibiarkan.
Kisah yang boleh menjadi tauladan kepada kita semua. Pelaburan adalah sesuatu yang menguntungkan.
Ikuti kisah ini:
4 tahun lepas, berbekalkan sebuah motor kapcai 125ZR di zaman rempit huha-huha, aku menuju ke Dataran Maybank, Bangsar. Kemudian disapa seorang akak di kaunter bank ni untuk join benda yang aku tak pernah ambil tahu langsung ketika itu. Ye la masa tu rambut pun ada ekor siap warna perang lagi.
Sejak dari tu memang tak pernah update atau ambil tahu langsung. Orang heboh² sana-sini aku buat tak tahu jer. Semalam terjumpa buku ASB ni yang ingatkan dah lama hilang. Hari ni terlanjur ada di Maybank, teruslah bawa untuk update. “Wah lama betul tak update ni dik!! Masyukk!!”, akak di kaunter Maybank tu tadi menyapa. Aku tersengih je dengan ” Entahlah kak”, perlahan.
Lumayan juga hasilnya. Haha! Alhamdulillah. Ku namakan ini pelaburan zaman rempitku. Huha pun huha juga dulu, tapi kena sentiasa pandang 10 ke 20 tahun akan datang.
Adik² yang masih muda, dari duit perabih main snooker, lepak Cybercafe main DoTa, merempit sana sini buang masa dan sebagainya, fikir-fikirkanlah dari kisah ini ya.
http://www.blogammar.com/buku-asb-lelaki-ini-hilang-2011-ditemui-semula-2015-dan-hasilnya-sangat-mengejutkan/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...