Ada lagu lama yang evergreen... Que Sera, Sera atau dalam bahasa kita Apa nak jadi, Jadilah.
Itu kesimpulan mudah dalam membaca gerakan Hadi Move membentang Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Parlimen.
Tak peduli lagi apa kata DAP dan PKR, PAS nampaknya sudah set untuk membentangkan Hudud walaupun terpaksa bersendirian aiaitu disingkirkan dari Pakatan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya tidak takut sebarang tindakan mana-mana parti termasuk dari pakatan pembangkang sekali pun.
"Seperti yang dikatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengenai pendirian PAS baru-baru ini, maka ia bersamaan dengan pendirian saya.
"Saya akan bentang juga. Pasal masa depan pakatan pembangkang, saya tidak boleh komen kerana ia masa depan," katanya di Parlimen Isnin.
Beliau, bagaimanapun, mengakui dalam perjuangan melaksanakan hudud di Kelantan, tiada laluan mudah bagi parti Islam itu.
"Dalam perjuangan tiada yang mudah, Insya Allah ada alternatifnya," katanya.
Hadi berkata, PAS sentiasa terbuka berbincang dengan semua pihak berkenaan perkara itu.
"Saya sedia berbincang dengan semua - kerajaan, bukan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, saya terbuka untuk berbincang," katanya lagi.
Hadi pada 18 Mac memohon kepada Parlimen membentangkan rang undang-undang itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, membolehkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Kelantan dilaksanakan mengikut perundangan Islam.
Akta persekutuan itu, juga dipanggil Akta 355, perlu dipinda kerana pada waktu ini ia mengehadkan bidang kuasa mahkamah syariah kepada hukuman tidak melebihi denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.
Usaha PAS tersebut mendapat tentangan hebat DAP yang mengatakan hudud bukan sebahagian dasar bersama dipersetujui PR, dan parti itu membuat keputusan menamatkan hubungan dengan Hadi.
PKR juga menyatakan ia tidak bersetuju dengan tindakan Hadi yang membelakangkan Majlis Pimpinan PR kerana membuat keputusan sendiri memohon membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen pada sidang semasa hingga 9 April ini.
Pada Ahad, Abdul Hadi memberitahu perwakilan PAS bahawa mereka sepatutnya memilih nakhoda yang pandai membaca ‘peta’.
“Peta yang dimaksudkan ialah al-Quran. Nakhoda atau pemimpin yang kita pilih mestilah pandai menterjemah al-Quran kerana bahtera kita ini membawa pendekatan Islam,” ujarnya mengenai pemilihan kepimpinan PAS.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau ke-29 di Darul Hikmah, Kerdau di Temerloh.
Mengenai Usul Rang undang-undang Persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang akan dibawa oleh PAS ke Parlimen, jelanya ia tidak memerlukan majoriti dua pertiga dewan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, sebaliknya ia cukup dengan majoriti mudah kerana merupakan usul pindaan.
“Walaupun ahli parlimen PAS hanya ada 21 kerusi tetapi kita buat ini dengan kesedaran bahawa majoriti di parlimen masih yang beragama Islam.
“PAS mahu buktikan bahawa undang-undang Islam adalah jawapan dan tawaran penyelesaian kepada indeks dan kadar jenayah yang tidak terkawal sejak dulu,” katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/04/di-sebalik-ugutan-dap-dan-pkr.html
No comments:
Post a Comment