Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 2 March 2015

Kecoh DI Pertama Kompleks...



Kuala Lumpur: Pengunjung Kompleks Kotaraya, di sini, semalam gempar apabila berlaku kekecohan antara pegawai imigresen dengan penjual telefon bimbit di hadapan kompleks itu apabila mereka menghalang penjawat awam melaksanakan Op Ikrar untuk mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Wartawan Harian Metro yang turut mengikuti operasi mendapati keadaan menjadi tidak terkawal lebih 15 minit apabila kumpulan penjual telefon bimbit tidak berpuas hati dan cuba menghalang tugas penguat kuasa ketika diminta menunjukkan butiran pengenalan diri hingga mencetuskan pergelutan.
Malah, ada yang mengasari pihak berkuasa dengan menarik pakaian seragam mereka selain menggunakan perkataan kesat dan berbaur perkauman.

Bagaimanapun, insiden itu berjaya dileraikan selepas anggota polis menahan mereka yang melakukan provokasi terbabit.

Kumpulan itu turut merakam gambar pegawai yang menjalankan tugas dan mengugut mencederakan pihak berkuasa sekiranya datang semula ke kawasan itu.Malah, wartawan turut diugut kerana merakam gambar kekecohan itu.

Operasi menyasarkan PATI dan semua warga asing di situ memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, namun rakyat tempatan menjalankan perniagaan tiba-tiba mengganggu tugas penguatkuasaan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, operasi berkenaan diadakan selepas mendapat aduan mengenai kawasan Kotaraya dan Puduraya dipenuhi warga asing menjelang hujung minggu.

“Hasil pemeriksaan ke atas 315 orang, 162 daripada mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Seramai 17 daripadanya rakyat Filipina, Bangladesh (44), Nepal (50), Indonesia (18), Myanmar (22), Uzbekistan (seorang), Pakistan (lapan) dan dua majikan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tiada dokumen, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal lebih masa, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa pas dan permit sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kesalahan atas kesalahan salah guna kemudahan pas lawatan.

“Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/03/kecoh-di-pertama-komplekstauke-telefon.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...