Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 8 March 2015

Siapa Taliban dan Talibanisasi?

(Sinar Harian, 9.3.15)

Sikit-sikit Taliban… Siapa Taliban? Apa Talibanisasi? Inilah kerja ultra kiasu. Bila ada suara hendak melaksanakan cara hidup Islam, yang menjadi hak umat Islam, dikaitkan dengan Taliban. Mereka siapa pula? Talibarut? Lebih bahaya dari Taliban. Kenapa larang orang nak buat baik? Kenapa tidak larang yang buat mungkar?

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mahu menjaga umat Islam di negerinya, apa kamu peduli? Jika tidak suka, duduk diam-diam. Majoriti umat Islam tinggal di sini. Mereka mahukannya, seperti umat Islam di Kelantan mahukan hudud. Lagipun bukan negeri kamu.

Tahniah, kepada kerajaan negeri Terengganu. Sebagai rakyat, saya rasa amat bangga, duduk di bawah naungan Tuanku Sultan dan Menteri Besarnya. Pemimpin sebegini yang kita mahu, ada will-power. Bukan macam ultra kiasu, asyik suka yang mungkar.

Tindakan terhadap umat Islam yang berkelakuan tidak senonoh, membonceng tanpa ikatan keluarga, tidak solat jumaat bagi lelaki dan berpakaian tidak sopan di tempat awam, termaktub dalam Seksyen 34 dan Seksyen 35 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Mereka yang bersalah, akan dikenakan tindakan yakni melalui proses tarbiyyah (kaunseling). Selepas itu, mereka terbabit perlu mengisi borang khas sebagai rekod, diikuti dengan tindakan susulan sekiranya ingkar. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit.

Undang-undang ini bukan talibanisasi, tetapi mahu memanusiakan manusia. Mereka yang hina sahaja membiarkan kemungkaran. Hidup seperti haiwan, bersekedudukan. Suka kawin, tidak suka, belah. Saya tahu apa maksiat yang ultra kiasu buat. Maksiat ini tidak dikatakan talibanisasi tetapi hak asasi manusia.

Saya ingin cadangkan supaya undang-undang ini turut merangkumi bukan Islam. Barulah adil. Tidak ada alasan berpakaian seksi dan berkelakuan tidak senonoh. Tidak ada agama yang membenarkannya. Kenapa suka sangat berseluar pendek dan memakai baju nampak ketiak, kalau bukan nak tayang badan, terutama bila berurusan dengan pejabat kerajaan? Bila kena cabul, salahkan polis kerana tidak menjalankan tugas. 

Saya dikecam habis-habisan bila berkata berpakaian seksi menjadi salah satu sebab punca rogol. Hujah saya yang disandarkan kepada kajian Zig Ziglar (2000) di US dan Menteri Goa, India (2014), tidak pula disiarkan.

Bagi mereka yang bukan rakyat Terengganu. Datang ke tempat orang, ikutlah pepatah, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Tak nak ikut, jangan datang. Ramai lagi nak datang. Di Brunei, peraturan sebegini sudah lama dilaksanakan. Kita lihat pelancong terus datang berpusu-pusu. Kenapa? Mereka nak tahu cara hidup Islam, bukan talibarut Islam. 

Tidak boleh bayangkan jika kita ikut apa yang telah kerajaan Brunei laksanakan baru-baru ini. Menurut Brudirect, Brunei mengetatkan undang-undang berkaitan sambutan Tahun Baru Cina. Antaranya dengan mengharamkan tarian Singa dekat dengan masa solat dan persembahan oleh orang bukan Cina. Tarian singa kini hanya dibenarkan 3 hari sahaja, antara jam 8-11.20 pagi dan 1.30-5.15 petang.

Persembahan itu hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah rumah anggota-anggota persatuan Cina. Brunei turut melarang penggunaan mercun dan bunga api. Menurut the Brunei Times, orang Islam perlu menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas di kompleks membeli-belah.

Di negara kita, kebebasan apa lagi yang tidak diberikan? Boleh dikatakan tanpa had. Kalau ada kekangan pun, amat sedikit. Itupun ada laporan mengatakan Malaysia berada dalam tangga ke 8 dalam dunia mengekang agama lain.  

Sejak bila kerajaan lakukan? Berdasarkan bukti, bilangan rumah ibarat, NGO, media cetak (akhbar), stesen radio tv, IPT dan banyak lagi, jauh melebihi bilangan apa yang umat Islam ada. Seolah-olah memperlihatkan Perkara 3(1), 8,10,11, 12 (berkaitan Islam),152 (bahasa Melayu), 153 (hak istimewa) yang termaktub dalam perlembagaan, tidak ada ertinya.

Identiti kita sudah tenggelam kerana menghormati hak orang lain, kononnya atas nama hak asasi manusia. Adakah semua ini dihargai? Pendek kata, berilah sebanyak manapun, mereka tetap tidak akan berpuas hati, sehinggalah negara ini menjadi benar-benar menjadi sekular, serta tidak ada ada lagi identiti Melayu atau Islam.

Perhimpunan perpaduan Melayu yang dihadiri oleh PM baru-baru inipun dikecam kerana menggalurkan agenda Melayu. Tidakkah PM ketika menghadiri perayaan di Batu Caves dan Tahun Baharu Cina, turut memberikan jaminan membantu dan menjaga hak bukan Islam? Begitu juga peruntukan RM4 juta kepada 11 buah Sekolah Persendirian Cina oleh kerajaan negeri Sarawak. Kenapa diam?  Apabila mempertahankan hak Melayu dikatakan rasis. Apabila memberikan hak kepada mereka, itu hak, bukan rasis.

Masih teringat, ketika menjadi YDP, PIBG, SMK Bandar Baru Ampang, saya telah usahakan membeli 2 ekor ‘singa’ berjumlah RM10K, bagi membolehkan pelajar-pelajar Cina menjalankan aktiviti kokurikulumnya. Begitu juga peralatan gamelan berjumlah RM20K untuk pelajar Melayu. Saya masih dituduh sebagai Taliban dan rasis. Berhati-hatilah.

http://ridhuantee.blogspot.com/2015/03/siapa-taliban-dan-talibanisasi.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...