Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 5 April 2015

Kisah taubat tiga wanita Syiah


Bismillahirrahmaanirrahiem, semoga shalawat dan salam tercurah atas Nabi dan Rasul termulia, junjungan kami Nabi Muhammad shallallaahu 'alaihi wasallam, beserta keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah, kepada-Mu kami berlindung, kepada-Mu kami memohon pertolongan dan kepada-Mu kami bertawakkal. Engkaulah Yang Bermula dan Mengulangi, Ya Allah kami berlindung dari kejahatan perbuatan kami dan minta tolong kepada-Mu untuk selalu menaati-Mu dan kepada-Mu lah kami bertawakkal atas setiap urusan kami.

Semenjak lahir, yang aku tahu dari akidah aku hanyalah ghuluw (berlebihan) dalam mencintai Ahlul bait. Kami dahulu memohon pertolongan kepada mereka, bersumpah atas nama mereka dan kembali kepada mereka apabila menghadapi bencana. Aku dan kedua saudaraku telah meresapi akidah ini sejak kanak-kanak.

Kami memang berasal dari keluarga Syiah tulen. Kami tidak mengenal tentang mazhab ahlussunnah wal jama'ah kecuali bahawa mereka adalah musuh-musuh ahlulbait Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Mereka lah yang merampas kekhalifahan dari tangan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu'anhu dan merekalah yang membunuh Husain.

Akidah ini semakin tertanam kuat dalam diri kami setiap hari "Tahrim", iaitu hari berkabung atas ahlul bait, demikian pula apa yang diucapkan oleh syeikh kami dalam perayaan Husainiyyah dan kaset-kaset ratapan yang memenuhi laciku.

Aku tidak mengetahui tentang akidah mereka (ahlussunnah) sedikitpun. Semua yang aku ketahui tentang mereka hanyalah bahawa mereka orang-orang munafik yang ingin merosakkan ahlul bait yang mulia.

Faktor-faktor di atas sudah cukup untuk menyebabkan timbulnya kebencian yang mendalam terhadap penganut mazhab itu, mazhab ahlussunnah wal jama'ah.

Benar ... Aku membenci mereka sebesar kecintaanku kepada para Imam. Aku membenci mereka sesuai dengan anggapan Syiah sebagai pihak yang terzalimi.

Kejutan Pertama

Ketika itu Aku sedang mula bersekolah di sekolah rendah. Aku mendengar penjelasan guru tentang mata pelajaran tauhid. Beliau bercakap tentang syirik dan mengatakan bahawa menyeru selain Allah termasuk bentuk menyekutukan Allah. Contohnya seperti ketika seseorang berkata dalam doanya: "Hai Fulan, selamatkan Aku dari bencana ... tolonglah Aku" terang guru tersebut. Maka aku katakan kepadanya: cikgu, kami mengatakan "Ya Ali", apakah itu juga termasuk syirik? Sejenak aku melihat beliau terdiam ... seluruh murid di sekolahku dan sebahagian besar guru-gurunya memang penganut Syiah ... kemudian guru aku berkata dengan nada yakin: "Iya, itu syirik" kemudian langsung melontarkan satu pertanyaan kepadaku:

"Bukankah doa adalah ibadah?"

"Tidak tahu", jawabku.

"Cuba perhatikan, apa yang Allah katakan tentang doa berikut", dan beliau membaca firman Allah:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina. "(Ghaafir: 60).

"Bukankah dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa berdoa adalah ibadah, lalu mengancam orang yang enggan dan takabbur terhadap ibadah tersebut dengan Neraka?" Tanyanya.

Setelah mendengar soalan tersebut, aku merasakan suatu kejanggalan ... aku merasa kecewa ... segudang perasaan berpaut dibenakku tanpa boleh aku ungkapkan. Saat itu aku berangan-angan andaikan aku tidak pernah menanyakan hal itu kepadanya. Lalu aku tatapkan dia untuk kali kedua... ia tetap tegar laksana gunung.

Waktu pulang aku tunggu dengan penuh kesabaran, Aku berharap barangkali ayah dapat memberi penyelesaian atas permasalahan aku ini... apabila aku pulang dari sekolah, aku tanya ayahku tentang apa yang dikatakan oleh guru ku tadi.

Ayah serta merta mengatakan bahawa guru tersebut termasuk yang membenci Imam Ali. Dia mengatakan bahawa kami tidaklah menyembah Amirul Mukminin, kami tidak mengatakan bahawa dia adalah Allah sehingga guru mu itu boleh menuduh kami telah berbuat syirik ... jelas ayah.

Sebenarnya aku tidak berpuas hati dengan jawapan ayahku, sebab guru aku berdalil dengan firman Allah. Ayah lalu berusaha menjelaskan kepadaku kesalahan mazhab Sunni hingga kebencian aku semakin bertambah dan aku semakin yakin akan batilnya mazhab mereka.

Aku pun tetap memegangi mazhabku, mazhab Syiah hingga adik perempuanku meneruskan kerjayanya sebagai pegawai di Kementerian Kesihatan.

Sekarang, biarlah adikku yang melanjutkan ceritanya ...

Setelah masuk ke dunia kerja, aku berkenalan dengan seorang perempuan ahlussunnah wal jama'ah. Dia seorang yang multazimah (taat) dan berakhlak mulia. Dia disukai oleh semua golongan, baik Sunni maupun Syiah. Aku suka dengannya dan berangan-angan andai saja dia bermazhab Syiah.

Aku berusaha agar jam kerjaku bertepatan dengan waktu kerjanya, dan aku sering kali menelefonya selepas waktu kerja.

Ibu dan saudara-saudaraku tahu betapa erat hubugan sahabat dengannya, sebab itu aku tidak pernah berterus terang kepada mereka tentang akidah sahabatku ini, namun aku katakan kepada mereka bahawa dia seorang Syiah, supaya mereka tidak mengganggu hubunganku dengannya.

Permulaan Hidayah

Hari ini, aku dan sahabatku berada pada shift yang sama. Aku bertanyakan soalan kepada dia: "Mengapa di sana ada Sunni dan Syiah, dan mengapa berlaku perpecahan ini?" Dia menjawab dengan lembut:

"kakak, sebelumnya maafkan aku atas apa yang akan aku katakan... sebenarnya kalianlah yang memisahkan diri dari agama, kalian yang memisahkan diri dari Al Quran dan kalian yang memisahkan diri dari tauhid!"

Kata-katanya terdengar laksana halilintar yang menembusi hati dan fikiranku. Aku memang orang yang paling kurang mempelajari mazhab di antara saudari-saudariku. Dia kemudian berkata:

"Tahukah kamu bahawa ulama-ulama kalian meyakini bahawa Al Quran telah diubah-rubah, meyakini bahawa segala sesuatu ada di tangan Imam, mereka menyekutukan Allah, dan seterusnya ...?" sementara menyebut sejumlah masalah yang aku harap agar dia diam kerana aku tidak mempercayai semua itu.

Sebelum berakhirnya waktu kerja, sahabatku mengeluarkan beberapa keping kertas dari begnya dan berkata bahawa itu adalah tulisan saudaranya, berkenaan dengan haramnya berdoa kepada selain Allah. Kuambil lembaran-lembaran tersebut dan dalam perjalanan pulang aku meraba-rabanya sambil merenungkan ucapan sahabatku tadi.

Aku masuk ke rumah dan aku kunci pintu kamarku. Lalu aku membaca tulisan tersebut. Memang, hal ini menarik perhatianku dan membuatku sering merenungkannya.

Pada hari berikutnya, sahabatku memberi aku sebuah buku berjudul "Lillaah, tsumma littaariekh" (kerana Allah, kemudian kerana sejarah). Sumpah demi Allah, berulang kali aku tersentak membaca apa yang tertulis di dalamnya. Inikah agama kita orang Syiah? Inikah keyakinan kita?!!

Sahabat aku pun semakin akrab dengan ku. Dia menjelaskan hakikat banyak hal kepadaku. Dia mengatakan bahawa ahlussunnah mencintai Amirul Mukminin dan keluarganya.

Benar ... aku pun beralih menganut mazhab ahlussunnah tanpa diketahui oleh seorang pun dari keluargaku. Sahabatku ini selalu menghubungiku melalui telefon. Dia juga berkenalan dengan kakak perempuanku.

Sekarang, biarlah kakakku yang melanjutkan ceritanya ...

Aku mulai berkenalan dengan perempuan yang baik ini. Sungguh demi Allah, aku sayang kepadanya kerana sering mendengar cerita adikku tentangnya. Maka begitu mendengar langsung kata-katanya, aku semakin sayang kepadanya ...

Permulaan Hidayah

Hari itu, aku sedang membersihkan rumah dan adikku sedang bekerja di pejabat. Aku mencari sebuah buku bergambar yang berjudul: "Lillaah, tsumma littaariekh".

Aku pun membukanya lalu membacanya ... sungguh demi Allah, belum genap sepuluh halaman, aku merasa lemas dan tidak mampu untuk menyudahkan kerjaku membersihkan rumah. Cuba bayangkan, dalam sekejap, akidah yang ditanamkan kepadaku selama lebih dari 20 tahun hancur lebur seketika.

Aku menunggu kembalinya adikku dari pejabatnya. Lalu kutanya dia: "Buku apa ini?"

"Itu pemberian salah seorang kakak di hospital", jawabnya.

"Kau sudah membacanya?" Tanyaku.

"Iya, aku sudah membacanya dan aku yakin bahawa mazhab kita keliru", jawabnya.

"Bagaimana dengan?" Tanyanya.

"Baru beberapa laman" jawabku.

"Bagaimana pendapatmu tentangnya?" Tegasnya.

"Saya rasa ini semua dusta, sebab kalau benar bermakna kita betul-betul sesat "

"Mengapa tidak kita tanyakan saja isinya kepada Syeikh?" Pintaku.

"Wah, idea yang bagus" katanya.

Buku itu lantas aku kirimkan kepada Syeikh melalui adik lelaki aku. Aku minta agar dia menanyakan kepada Syeikh apakah yang tertulis di dalamnya benar, ataukah sekadar kebohongan dan omong kosong?

Adik aku mendatangi Syeikh tersebut dan memberinya buku itu. Maka Syeikh bertanya kepadanya: "Dari mana kau dapat buku ini?"

"Itu pemberian salah seorang perempuan kepada kakakku" jawabnya.

"Biarlah aku baca dulu" kata Syeikh, sementara aku pula berharap dalam hati agar dia akan mengatakan bahawa semuanya merupakan kebohongan atas kaum Syiah. Akan tetapi, jauh panggang dari api! Kebatilan pastilah akan hilang...

Aku terus menunggu jawapan dari Syeikh selama sepuluh hari. Harapanku tetap sama, barang kali aku mendapatkan sesuatu darinya yang melegakan hati.

Namun selama sepuluh hari tadi, aku telah mengalami banyak perubahan. Kini sahabat adikku sering berbual  panjang lebar denganku melalui telefon, bahkan dia seakan lupa kalau mulanya dia ingin bercakap dengan adikku. Kami berbual panjang lebar tentang berabagai masalah.

Pernah suatu ketika dia bertanya: "Apa kau puas dengan apa yang kita amalkan sebagai orang Syiah selama ini?". Aku mengira bahawa dia adalah Syiah, dan dia tahu akan hal itu ...

"Saya rasa apa kita berada di atas jalan yang benar", jawabku.

"Lalu apa pendapatmu terhadap buku milik adikmu?" Tegasnya. Akupun terdiam sejenak ... lalu aku memberitahunya...

"Buku itu telah kuberikan ke salah seorang Syeikh agar dia menjelaskan hakikat buku itu sebenarnya".

"Saya rasa dia tidak akan memberimu jawapan yang bermanfaat, aku telah membacanya sebelummu berulang kali dan aku selidik kebenaran isi kandungannya ... ternyata apa yang dikandungnya memang sebuah kebenaran yang pahit", jelasnya.

"Aku pun menjadi yakin bahawa apa yang kita yakini selama ini adalah batil" lanjutnya.

Kami terus berbual panjang di telefon dan sebahagian besar perbincangan itu mengenai masalah tauhid, ibadah kepada Allah dan kepercayaan kaum Syiah yang keliru. Setiap hari semasa adikku balik dari tempat kerja, dia membawa beberapa helai risalah mengenai akidah Syiah, dan selama itu aku berada dalam kebingungan ...

Aku teringat kembali akan kata-kata guru aku yang selama ini. Aku utuskan adik lelaki aku untuk menemui Syeikh dan meminta kembali kitab tersebut beserta bantahannya. Akan tetapi sumpah demi Allah, lagi-lagi Syeikh ini mengelak untuk bertemu dengan adikku. Padahal sebelumnya dia selalu mencari adikku dan kini adikku pula yang menelefonnya. Namun keluarga Syeikh mengatakan bahawa dia tidak ada dan ketika adikku bertemu dengannya dalam majlis Husainiyyah dan menanyakan kitab tersebut; Syeikh hanya mengatakan: "Nanti", demikian seterusnya selama dua bulan.

Selama itu, hubungan aku dengan sahabat adik aku melalui telefon semakin kerap, dan ia menjelaskan kepadaku bahawa dirinya seorang Sunni, iaitu ahlussunnah wal jama'ah. Dia berkata kepadaku:

"Jujur saja, apa yang membuat kalian membenci Ahlussunnah wal Jama'ah?"

Aku sempat ragu sejenak, namun aku jawab: "kerana kebencian mereka terhadap Ahlulbait".

Hai kakak, Ahlussunnah justeru mencintai mereka ", jawabnya.

Kemudian dia menerangkan panjang lebar tentang kecintaan Ahlussunnah terhadap seluruh keluarga Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, berbeza dengan Syiah Rafidhah yang justeru membenci sebahagian ahlul bait seperti isteri-isteri Nabi shallallaahu' alaihi wasallam.

Benar, kini aku tahu tentang akidah Ahlussunnah wa Jamaah dan aku mulai mencintai akidah yang sesuai dengan fitrah dan jauh dari sikap ekstrim... jauh dari syirik ... dan jauh dari kedustaan.

Kebenaran yang sesungguhnya mulai tampak bagiku, dan aku pun bingung apakah aku harus meninggalkan agama nenek moyang dan keluargaku? Ataukah meninggalkan agama yang murni, redha Allah dan Jannah-Nya?

Ya, akhirnya aku pilih yang kedua dan aku menjadi seorang ahlussunah wal jamaah. Aku kemudian menghubungi sahabat aku yang solehah tadi dan aku bertanya kepadanya bahawa hari ini aku 'dilahirkan semula'.

Aku seorang Sunni, alias Ahlussunnah wal Jama'ah.

Sahabat tersebut mengucapkan takbir melalui telefon, maka seketika itu mengalirlah air mataku ... air mata yang membersihkan sanubari dari peninggalan akidah Syiah yang sarat dengan syirik, bid'ah dan khurafat ...

Demikianlah ... dan tidak lama setelah kami mendapat hidayah, adik kami yang paling kecil serta salah seorang sahabatku juga mendapat hidayah atas kurnia  Allah Subhanahu wa Ta'aala. 

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari islampos.com

http://detikislam.blogspot.com/2013/08/kisah-taubat-tiga-wanita-syiah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...