Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 24 April 2015

Pelajar tahfiz diperalat sindiket ajaran sesat

‘Ibu duit’ bawah tabung
Pelajar tahfiz diperalat sendiket ajaran sesat | Mereka adalah pelajar tahfiz yang dihantar ibu bapa untuk mendalami ajaran agama dan menghafal al-Quran, namun niat suci itu terbantut apabila diperalat sindiket tertentu dipercayai didalangi satu kumpulan ajaran sesat untuk mengutip derma termasuk di negeri ini menerusi cara yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
Ini berikutan pelajar tahfiz membabitkan sekumpulan kanak-kanak dan remaja itu dikesan menggunakan duit kertas dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ yang disembunyikan di bawah tabung derma dibawa mereka kononnya mampu menarik rezeki daripada pelbagai arah.
Lebih mengejutkan, pelajar yang ditahan pihak berkuasa mendakwa ketuanya memberitahu wang itu adalah ‘ibu duit’ yang sudah ditawafkan di hadapan Kaabah sebanyak tujuh kali sebelum ditampal pada tabung berkenaan bertujuan menarik rezeki.
Sumber memberitahu, perbuatan terpesong akidah itu dilakukan sindiket terbabit yang mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk meminta sedekah di beberapa lokasi tumpuan termasuk pasar raya dan pasar malam, di sini.
“Lebih mengejutkan, mereka mampu memperoleh kutipan sehingga ribuan ringgit setiap hari. Apabila pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa dan merampas tabung kutipan derma itu, pihak terbabit hairan melihat ada wang kertas Ringgit Malaysia (RM) ditampal di bawah tabung berkenaan. – Metro
http://www.lulu-pages.com/2015/04/pelajar-tahfiz-diperalat-sindiket-ajaran-sesat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...