Jika sejarah diolah dengan sempurna dan mendedahkan semua tindak-tanduk Rothschild maka pelajar Malaysia generasi kini akan selamat bagi tujuan perancangan Rothschild pada masa akan datang.
Kita bimbang, tanpa pengetahuan sejarah yang sempurna, pelajar-pelajar tempatan yang belajar di luar negara mudah menjadi balaci kepada agen-agen Rothschild.
Hal ini didedahkan sendiri oleh Ami Chen Mill dalam bukunya CIA Off Campus (1990). Ami Chen menegaskan semua universiti di Amerika mempunyai hubungan langsung dengan agensi risikan Central Intelligent Of America (CIA) bagi tujuan merekrut pelajar-pelajar terpilih untuk melaksanakan operasi sulit mereka pada masa depan.
Pihak pentadbiran universiti sendiri membuka pintu kepada pegawai-pegawai CIA bagi memilih pelajar-pelajar luar negara untuk dilatih menjadi agen-agen Amerika.
Pegawa-pegawai yang memilih pelajar ini sebenarnya terdiri dari pensyarah-pensyarah atau professor-professor sendiri. Presiden Universiti Harvard sendiri pada tahun 1970-an, Derek Bok mendedahkan beliau sendiri cuba menghalang tindak-tanduk agensi CIA dalam merekrut pelajar-pelajar univerisiti memandangkan CIA juga adalah salah satu badan kerajaan maka ia menjadi sukar.
Rothschild bukan sekadar menguasai ekonomi tetapi melabur dalam urusan merekrut pelajar-pelajar universiti. Maka di sinilah peranan ahli-ahli sejarah tempatan dalam mendidik pelajar-pelajar tempatan dalam ilmu sejarah.
Mengetengahkan sejarah Rothschild di dalam pendidikan bermaksud menyelamatkan jiwa pelajar Malaysia dari menjadi tali barut Amerika dan negara-negara Eropah.
—
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=787058038010167&set=a.243210475728262.51002.100001179342409&type=1
No comments:
Post a Comment