Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 12 May 2015

Bank negara perkenal cara unik halang rompakan mesin ATM

Bank negara
Bank negara perkenal cara unik halang rompakan mesin ATM| Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Teknologi Hakisan Dakwat iaitu kaedah mengotorkan wang kertas di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang cuba dirosakkan atau dirompak bagi menghalang ia digunakan semula. Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata, dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai sudut dan kesannya tidak boleh dihilangkan, sekali gus menjadikan wang terbabit tidak sah penggunaannya.
“Wang yang dirosakkan ini akan memudahkan pihak berkuasa mengesan dan menjalankan siasatan terhadap sebarang cubaan merosak atau merompak mesin ATM serta pada masa sama, pemilik wang iaitu pihak bank boleh menukarkannya kepada wang baru di BNM,” katanya ketika melancarkan teknologi itu, di sini, semalam.
Beliau berkata, pengenalan Teknologi Hakisan Dakwat yang dibangunkan syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection itu diharap mampu meningkatkan tahap keselamatan sistem kewangan di negara ini melalui penggunaan ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi di mesin ATM dan wang kertas tempatan.
“BNM akan menjalankan pelbagai kempen bagi mempromosikan lagi perkembangan teknologi ini dan mendidik masyarakat dengan menekankan memiliki wang kertas yang mempunyai kesan dakwat hasil rompakan adalah satu kesalahan,” katanya. -Metro
http://www.lulu-pages.com/2015/05/bank-negara-perkenal-cara-unik-halang-rompakan-mesin-atm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...