Assalamualaikum w.b.t semua. Selamat Pagi !
Dah tak hairan dah kalau pasal isu petrol naik harga. Harga petrol naik turun pun disebabkan oleh manipulasi harga oleh pasaran, walaupun negara Islam adalah pengeluar petrol yang terbesar dalam dunia ini.
Kita sebagai orang dan insan biasa, bila menerima kesan kenaikan ini, kena fikirkan cara untuk mengawal perbelanjaan bulanan. Kalau sebelum ini biasa naik kereta ke sana dan ke mari, seharusnya kita kurangkan perbelanjaan itu dengan ubah gaya hidup kita dengan menukar kenderaan kita daripada kereta kepada motorsikal. Isi petrol guna motorsikal tak mahal dan banyak duit boleh digunakan untuk perbelanjaan harian dalam sebulan di rumah.
Cuma yang sebelum ini, tahun 2008 kenaikan petrol yang mendadak dalam kapasiti yang agak besar, dapat dilihat pada malam sebelum kenaikan harga seperti di Teluk Intan. Contoh pada 4 Jun 2008 (masa hari lahir saya yang ke 26 tahun) macam dah satu pesta dah isi petrol ramai-ramai di stesen petrol. Hari itu, cuma Stesen Petronas masih dibuka untuk jualan petrol harga lama sebelum naik yang baru. Alasan pengusaha yang lain, petrol dah habis ! Terasa macam ramai sambut hari lahir saya cuma dengan rintihan dan keluhan rakyat dari pelbagai agama, kaum dan bangsa banyak di dengar dan di dendangkan pada malam itu...
Oleh itu, mulai hari ini, ubahlah gaya hidup, dengan berjimat-cermatlah belanja dan kurangkan beli barangan yang bukan keperluan. Hanya barang untuk keperluan lah jadi keutamaan berbanding dengan barangan kehendak nafsu nafsi sendiri.
Sekian.
https://www.facebook.com/norman.h.alfan?fref=nf
No comments:
Post a Comment