ROMPIN: Transmisi siaran televisyen digital kini dalam peringkat
percubaan dengan penggunaan stesen pemancar di beberapa kawasan di
seluruh negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian amat komited dalam proses peralihan sistem televisyen (TV) analog kepada sistem TV digital selaras dengan perkembangan trend penyiaran dunia yang mahukan lebih banyak rancangan interaktif.
"Apabila TV digital ini berjaya dilaksanakan nanti, dua juta set "top box" akan dibekalkan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka menikmati siaran televisyen dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas melawat tiga Pusat Daerah Mengundi di Gading, Kedaik dan Keratong sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin di sini Jumaat.
Menyentuh mengenai Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ahmad Shabery berkata stesyen penyiaran negara itu perlu menyiarkan lebih banyak berita berkonsepkan rakyat bagi memastikan suara mereka terus didengar.
Selain itu, RTM perlu mewujudkan saluran berita bersifat 'berita mutakhir' dan 'tepat masa' yang dikehendaki penonton terutama menjelang era digital ini, katanya.
"Konsep waktu perdana jam 8 malam sudah dianggap ketinggalan dan berita mutakhir ini merupakan kaedah baharu dalam dunia penyiaran yang mana rakyat mahukan lebih banyak berita bersifat 'secara langsung' terus kepada penonton," katanya.
Beliau berkata tenaga kerja dan kakitangan RTM juga perlu berubah dalam budaya kerja untuk memaparkan berita yang berterusan kepada rakyat.
Ahmad Shabery berkata RTM walau bagaimanapun telah memulakan siaran saluran berita berformat baharu sejak September tahun lepas yang disiarkan di RTM1 dikenali sebagai 'BES 5-10' (Berita Ehwal Semasa).
Melalui siaran berkenaan, RTM bukan sekadar memberikan liputan mendalam mengenai dasar dan rancangan kerajaan, malah memaparkan aktiviti-aktiviti rakyat yang sedang berlangsung di seluruh negara.
"Dulu pukul 8 malam hanya dimonopoli oleh berita pemimpin dengan BES 5-10 kita ada tempoh lebih untuk menyiarkan cerita rakyat seperti perkembangan Felda, Dewan Rakyat, masalah nelayan dan sebagainya," katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/05/jom-kita-bagi-sokongan-tv.html
No comments:
Post a Comment