Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 26 May 2015

KWSP masukkan ASB2 dalam senarai Skim Pelaburan Ahli ...


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memasukkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ke dalam senarai dana Skim Pelaburan Ahli (SPA). Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Mohamad Nasir Ab Latif, berkata skim itu membenarkan ahli untuk memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 1 untuk pelaburan dalam dana unit amanah yang diluluskan. "Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahli KWSP akan dimaklumkan mengenai tarikh kuat kuasa penyenaraian ASB2 ke dalam SPA KWSP. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) berkata pemilikan ekuiti individu Bumiputera akan dipertingkat melalui pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP untuk pembelian unit ASB2.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/05/kwsp-masukkan-asb2-dalam-senarai-skim.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...