Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 18 May 2015

Menakjubkan.. Pulau baru muncul, semakin membesar

nishinoshima island 2015
Menakjubkan.. Pulau baru muncul, semakin membesar | Sebuah pulau baharu yang muncul di perairan Jepun memberi peluang yang jarang didapati dalam kalangan saintis untuk mengkaji bagaimana kehidupan bermula di tanah tandus. Beberapa penyelidik berkata, najis burung dan muntah anak-anak burung menjadi ramuan rahsia yang membantu menggalakkan kemunculan hidupan se­perti tumbuh-tumbuhan di pulau gunung berapi itu.
Dinamakan Nishinoshima Baharu, pulau itu timbul di permukaan laut pada November 2013, kira-kira 1,000 kilometer ke selatan ibu kota Jepun, Tokyo. Pulau itu menjadi semakin besar dan mengatasi keluasan jirannya, Pulau Nishinoshima yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ogasawara. Gugusan pulau berkenaan kaya dengan kepelbagaian ekosistem.
Pulau baharu itu berkeluasan 2.46 kilometer persegi dan menyamai saiz sebanyak 345 padang bola sepak. Sehingga kini hampir semua pulau berkenaan terdiri daripada batu-batan. Nishinoshima Baharu terbentuk daripada himpunan lahar gunung berapi yang menyejukkan. Kalangan saintis yakin pulau itu akan dipenuhi flora dan fauna suatu hari nanti. – AFP
http://www.lulu-pages.com/2015/05/menakjubkan-pulau-baru-muncul-semakin-membesar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...