Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 18 May 2015

Ramainya Yang hadir ceramah Ustaz Kazim Elias



ALOR SETAR 17 Mei - Seramai 5,000 pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim di sini malam tadi bagi mendengar ceramah daripada pendakwah bebas, Datuk Khazim Elias sempena Festival Hari Guru 2015 yang berakhir semalam.

Ceramah beliau merupakan acara kemuncak kepada festival anjuran Kumpulan Utusan dan Kementerian Pendidikan yang diadakan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.
Orang ramai mula membanjiri pekarangan stadium sejak pukul 8 malam bagi tidak melepaskan peluang mendengar ceramah serta bersemuka dengan pendakwah popular tersebut.
Pelbagai program menarik diadakan sepanjang tiga hari festival itu berlangsung antaranya Malam Cinta Rasul Bersama Al-Mawlid, wacana intelek, forum pendidikan, program motivasi, pertandingan nasyid serta Konsert Mega Pancaindera.

Perasmian Festival Hari Guru 2015 yang berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung itu telah disempurnakan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut meluangkan masa melawat festival tersebut.

Buat julung kalinya juga, festival berkenaan mendapat penyertaan dari negara Indonesia, Thailand, Vietnam dan Brunei sempena pelantikan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/05/ramainya-yang-hadir-ceramah-ustaz.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...