Sangat melegakan apabila salah seekor harimau memilih untuk berundur. Dalam kes ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak yang memilih untuk berundur. Tun Dr Mahathir Mohamad kemungkinan tidak akan berundur jika kita lihat betapa terdesaknya beliau sejak kebelakangan ini. Jika Najib memilih untuk tidak berundur dari sesi dialog semalam, hanya tuhan sahaja yang tahu apa akan terjadi.
Pepatah cina ada mengatakan, 2 ekor harimau tidak boleh berada di atas gunung yang sama. Dan itulah yang berlaku semalam: 2 ekor harimau menuntut untuk menjadi raja di gunung yang sama. Dan jika Najib muncul untuk berhadapan Dr Mahathir, salah seorang pastinya akan pulang dalam keadaan tercedera.
Dan ada lagi satu pepatah Cina: akhirnya semuanya akan berkaitan dengan muka kita. Jika Dr Mahathir selamatkan maruah beliau, Najib pula yang kehilangan maruah. Begitulah juga sebaliknya. Kedua-dua tidak boleh menyelamatkan maruah. Hanya seorang yang boleh dan seorang lagi tidak. Dan orang cina akan mengatakan, buatlah apa sahaja untuk menjatuhkan maruah orang, walaupun terpaksa menggadai tubuh dan nyawa. Ia bukanlah sesuatu yang anda mahu lakukan, lebih lebih lagi jika anda berhasrat untuk hidup lama.
Orang Melayu, walau bagaimanapun, melihat situasi ini dengan berbeza. Bagi orang cina, segalanya adalah berkaitan dengan maruah dan tak mahu kehilangan maruah, orang melayu pula dididik dari kecil agar sentiasa beralah kepada yang lebih muda dan yang lebih lemah.
Anda betul atau salah, itu bukan soalnya. Malah jika anda betul sekalipun, anda mesti beralah dan mengalah untuk seseorang yang lebih muda, lebih kecil, dan kurang berkemampuan berbanding anda. Anda juga mesti beralah dengan orang yang lebih banyak makan garam daripada anda.
Sewaktu saya kecil dahulu, saya kalah banyak perbalahan dengan dengan adik saya kerana saya dididik yang selaku abang, saya mesti beralah untuk adik saya.
Jika Najib datang dan melawan Dr Mahathir satu lawan satu di depan orang awam, ia hanya akan merugikan beliau. Soal Najib dijemput dan Dr Mahathir tidak dijemput tidak timbul. Isunya adalah Najib lebih berkuasa dan Dr Mahathir lebih banyak makan garam. Jadi Najib perlu beralah dalam situasi ini.
Seorang Cina telah memberikan komen yang dia tidak menyokong Najib atau Dr Mahathir. Dia tidak peduli siapa yang akan kalah dan siapa yang akan menang dalam debat ini (ini bukanlah debat pun tetapi dialog). Apa yang dia mahu lihat adalah melayu dan melayu bergaduh kerana dia bencikan UMNO.
Ini adalah pemikiran yang sangat bahaya. Inilah yang terjadi pada tahun 1969. Ini juga yang terjadi di Kelantan pada tahun 1977. Melayu lawan Melayu dan rumah, kedai, kereta orang Cina dibakar dan orang Cina kehilangan nyawa. Di Indonesia, Melayu juga lawan melayu dan orang Cina menjadi mangsa. Dianggarkan 500,000 orang Cina mati.
Apapun, faktanya adalah, 2,500 yang hadir semalam tidak berminat untuk mendengar apa yang bakal diperkatakan Najib. Mereka yang benar-benar ingin tahu mengenai 1MDB sudah pun memperolehi penjelasan mengenainya. Satu kumpulan menerima penjelasan tersebut, satu kumpulan lagi tidak.
Apa yang mereka hendak lihat semalam adalah Najib dan Dr Mahathir bergaduh di atas satu pentas yang sama. Khalayak seramai 2,500 tersebut akan bertepuk sorak dengan gemuruh, mengejek, dan mempersendakan ketika Dr Mahathir menyumpah Najib dan Najib menyumpah Dr Mahathir.
Ini mungkin hanya akan mengambil masa beberapa minit. Dan para penyokong dari kedua-dua belah kem pasti akan masuk campur. Dan kata-kata kesat pastinya akan bertukar menjadi pergaduhan.
Ya, penonton yang hadir berasa kecewa. Mereka ingin melihat Najib dan Dr Mahathir menjerit ke arah satu sama lain. Mereka akan menjadi lebih teruja jika ada yang mula menumbuk muka atau mengeluarkan pisau lantas menikam sesama sendiri.
Tapi mereka yang kecewa itu adalah mereka yang pengecut dan memilih untuk tidak keluar rumah dan pergi ke PWTC. Mereka memanggil Najib pengecut bila mana mereka sendiri tidak hadir ke PWTC kerana mereka tahu keadaan di sana sangat bahaya dan apa sahaja boleh terjadi di dalam situasi tersebut.
Sebenarnya, bila difikirkan semula, saya rasa apa salahnya kita tunaikan hajat mereka itu. Mereka ingin melihat pergaduhan antara melayu dengan melayu dan melihat darah di jalanraya. Kita tunaikan permintaan mereka dan lihat sama ada mereka benar-benar suka apa yang dilihatnya itu. Mungkin lepas ini mereka akan terus terdiam dan tidak lagi menjadi batu api.
DAP sudah pun membuat PAS bergaduh sesama sendiri. Sekarang mereka mahu UMNO pula bergaduh sesama sendiri. Orang Cina memang suka Melayu bergaduh kerana ia akan membuatkan orang Melayu lemah.
Oh, saya tahu mereka akan bangkitkan isu seperti ketelusan, urus tadbir yang baik, demokrasi, kebebasan bersuara dan sebagainya seolah-olah mereka benar-benar memperjuangkan itu semua. Itu hanyalah alasan yang hambar. Kebenarannya adalah mereka suka melihat orang Melayu bergaduh malah sanggup menyokong orang yang paling mereka benci iaitu Tun Mahathir.
Anda fikir orang Cina betul-betul sukakan Dr Mahathir? Mereka hanya mahu gunakan Dr Mahathir untuk memusnahkan UMNO dan apabila itu terjadi, mereka akan kencing ke atas kubur beliau, penyebab 13 Mei dan Ops Lalang.
Dr Mahathir perlu berhati-hati dalam memilih kawan. Ingat, dulu British berkawan dengan Chin Peng dan lihat apa terjadi selepas itu. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, PKM membunuh orang di sana sini.
Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/one-mountain-two-tigers/
No comments:
Post a Comment