Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 28 June 2015

Gambar Pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru hasil jasa 1MDB




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru yang menelan perbelanjaan lebih RM20 juta merupakan satu daripada jasa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Perdana Menteri memberitahu, hal ini kerana pembangunan semula masjid yang hampir keseluruhannya berwajah baharu itu ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan 1MDB.

Najib berkata, setakat ini, terdapat beberapa bil tambahan untuk dimasukkan dalam kos pembangunan yang perlu dilunaskan bagi memastikan keperluan masyarakat di kampung itu dipenuhi.

“Inilah jasa 1MDB kepada umat Islam khususnya kepada penduduk Kampung Baru. Satu jasa yang besar kepada penduduk kampung ini,” katanya sewaktu berucap pada majlis pembukaan dewan solat utama Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Al-Rashid dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Idris Shaari Mat Aris.

Pada majlis itu, Fahad Abdullah menyerahkan 1,000 naskhah al-Quran yang merupakan sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Perdana Menteri turut menunaikan solat Jumaat bersama-sama 7,000 jemaah yang diimamkan oleh Imam Mekah, Sheikh Dr. Idris Ismail Al-Misrafi.

Dewan solat utama Masjid Jamek Kampung Baru dapat menampung jemaah kira-kira 8,000 orang pada satu-satu masa.

Dewan solat utama merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru yang mempunyai dua fasa pembangunan kesemuanya dalam tempoh dua tahun. 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...