Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 8 June 2015

Gempa bumi: Gempar di taklimat TPM dan Presiden PAS




Gempar seketika... Taklimat mengenai kejadian gempa bumi yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Taman Kinabalu terhenti seketika berikuta gegaran susulan kira-kira jam 1.35 petang Ahad.

Turut menyertai taklimat tertutup itu adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mereka bersama para menteri dan pasukan keselamatan bergegas meninggalkan bangunan dan berkumpul di kawasan lapang.

Turut menyertai taklimat tersebut adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Hadi yang baru selesai Muktamar PAS di Kuala Selangor pada Sabtu ke Sabah dengan diringi Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan setiausaha politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melawat mangsa gempa bumi.

Muhyiddin dalam sidang media kemudiannya berkata satu kajian akan dilakukan oleh Jabatan Geosains dan mewujudkan pusat pemantauan gempa bumi memandangkan pusat sedemikian belum diwujudkan di Sabah.

"Tadi baru kita rasa gegaran sementara, untuk jangkamasa ke hadapan, saya berpendapat mungkin satu kajian oleh jabatan geosains perlu dibuat melibatkan pakar gempa.

"Wujudkan satu pusat memantau perkara sebegini, di Sabah tidak ada lagi. Apakah ada cara menerusi kajian geosains dan pergerakan gempa yang boleh kita gunakan untuk perkenalkan SOP, atau latihan diberikan kepada penduduk setempat," katanya.

Mengulas berkenaan lawatannya ke beberapa lokasi di Ranau, pasukan yang bertanggungjawab sedang menjalankan ujian forensik terhadap beberapa bangunan dan menentukan sama ada bangunan-bangunan yang terjejas oleh gempa bumi itu perlu dirobohkan atau boleh dibaiki.

Mengulas lanjut berkenaan usaha penyelamatan awal pendaki yang dilakukan oleh kumpulan jurupandu arah di Gunung Kinabalu, Muhyiddin berkata usaha mereka akan dan sepatutnya dihargai.

"Kita perlu mengiktiraf usaha mereka. Mereka adalah hero yang tidak didendang dan mereka laksanakan tugas dengan baik," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan penemuan cebisan anggota badan oleh pasukan penyelamat di puncak gunung Kinabalu malam tadi adalah daripada empat individu berlainan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sehingga pagi tadi, 13 mayat pendaki yang lengkap anggota badan sudah ditemui oleh pasukan penyelamat dan sudah dibawa turun.

Beliau berkata, cebisan anggota badan daripada empat mayat yang ditemui malam tadi tidak termasuk di dalam senarai 13 mangsa yang dibawa turun.

"Pasukan penyelamat ada menemui kaki, tangan dan beberapa lagi cebisan anggota badan yang lain.

"Jumlah cebisan badan yang ditemui adalah daripada empat individu berlainan dan bukan daripada jumlah 13 mayat mangsa yang lengkap ditemui sebelum ini," katanya. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/06/gempa-bumi-gempar-di-taklimat-tpm-dan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...