Pengerusi Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut baru-baru ini berkata perbuatan menangkap gambar sendiri (selfie) selepas solat ataupun solat tarawih di masjid dan memuat naik ke media sosial dengan niat untuk menunjuk-nunjuk ataupun riak disifatkan boleh menghapus pahala ibadah seseorang.
Kenyataan Noh Gadut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Terbaru artis, Johan As’ari yang kini sedang mendalami ilmu agama di negara India mempersoalkan selain merasa pelik kenapa perbuatan “selfie” mampu menghapuskan pahala seseorang.
Tetapi Johan sama sekali tidak memberikan komen negatif terhadap Noh Gadut dan menganggap kenyataan itu dikeluarkan sebagai salah satu nasihat untuk tidak timbul perasaan riak dalam diri seseorang.
Pelik Pulak ana bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim di Malaysia..hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie.. mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas… tak apa lah.. kita husnuzon… oh, btw this is Siraj my pal from New Zealand. keep smiling brothers and sisters. . .perkara riak ALLAH s.w.t. boleh maafkan lagi, jangan sombong sudah… setuju?
Pandangan dan cara seseorang dalam menyampai sesuatu mesej itu amat berbeza. Selfie itu tidak salah tapi ia bergantung pada niat seseorang. Jika niat untuk menunjuk-nunjuk sudah pasti sia-sia amalan yang dilakukan itu.
Sumber asal: beautifulnara.com
http://www.blogammar.com/pelik-mengapa-tidak-boleh-selfie-selepas-solat-johan-asari/
No comments:
Post a Comment