Hasrat DAP hendak menyingkirkan PAS dari kerajaan Selangor punah dengan dua kenyataan pada Selasa dan Rabu.
Kenyataan pertama dari Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali bahawa Sultan menitahkan kepada beliau agar kestabilan politik di Selangor dikekalkan dan kedua kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya semua ADUN PAS di Selangor menyokong terus memagang jawatan masing-masing dan menyokong Azmin.
Ini satu indikasi bahawa hasrat DAP hendak menyingkirkan PAS dari kerajaan Selangor gagal dan Azmin boleh bertahan kalaupun DAP menarik balik sokongan terhadapnya.
Manakala PAS Selangor pada Rabu menyatakan sokongan penuh kepada Azmin Ali sebagai MB Selangor, dan komited untuk terus menjalinkan kerjasama akrab dengan rakan parti komponen Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan negeri pimpinan Azmin harus dipertahankan bagi memastikan segala agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.
"Hari ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.
"Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-Exco PAS Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor menyokong penuh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor," katanya dalam kenyataan.
Iskandar yang juga Naib Presiden PAS, berkata kerjasama akrab PAS Selangor dengan rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat akan diteruskan bagi memastikan amanah yang diberikan rakyat, tidak dikhianati dan tanggungjawab terhadap mereka dapat ditunaikan.
Kenyataan Iskandar itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi pada Rabu yang mengarahkan semua ADUN PAS di Selangor memberi sokongan kepada Azmin demi mempertahankan kerajaan negeri.
"Ingin saya tegaskan bahawa kerjasama PAS dengan komponen dalam Pakatan di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.
"Sehubungan itu juga, PAS Pusat telahpun memberi arahan kepada Iskandar selaku Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga anggota exco untuk arahkan seluruh ADUN PAS Selangor supaya terus bersama dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi meneruskan khidmat kepada rakyat, seterusnya mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini," kata Abdul Hadi.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/06/punah-harapan-dap-hendak-singkirkan-pas.html
No comments:
Post a Comment