Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum terlupa, masih berhajat untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hantar ucapan selamat hari lahir saya yang ke 33 tahun. Namun yang penting, tarikh istimewa ini, iaitu pada 4 Jun 1982 yang lepas, saya yang perlu berbanyak terima kasih kepada ibu yang tercinta, Umi Kalthum Bt. Ismail yang telah melahirkan saya dengan selamat pada 33 tahun yang lepas. Tak lupa juga saya nak kongsikan di sini, di mana ibu saya telah melahirkan saya juga pada usia yang seperti saya ini, 33 tahun ! Terima kasih, mak dan abah. Terima kasih juga kepada isteri tercinta, Aini Mohamed Shariff, anak-anak kesayangan abah, Ahmad Aminuddin (soleh boy) dan juga Noraini (solehah girl).
Saya juga ingin mengucapkan juga terima kasih kepada,Paman Amir Mimbar (pakcik, Adik Abah), Mohd Izham Ab Wahab (sepupu and the whole team Muqmeen Group Shah Alam), Aimi Bazilah Umar (sepupu), Rabiatul A'dawiyah (sepupu), Hairul Mubarak Ibrahim (abg ipar), Lokman Abd Aziz(teman sewaktu di AFT Class Nov. 2013), Olfa Ben Adbeljelil, Abdülkerim Alğaç, Nurhayati Samsudin, (rakan kenalan FB dari jauh), Jiwa Mentari (rakan FB dalam Group), Puan Suznita Mohd Yatim (rakan sekerja di KLIA consult), Encik Ipit (student praktikal di KLIA consult), Dzayu Seven's (staff Intense Network - ALTEL), Mohd Radzi (rakan di Power PRU sprint Nov. 2014), Maimunah Adol (rakan di SMK Seri Perak), Nurfizah Fiz dan (kawan lama di SKSI II) dan Norshakila Haris (rakan di UiTM Penang).
Pada kawan-kawan yang saya tidak sebutkan di sini, pada mereka yang melahirkan ucapan di WhatsApp, terima kasih sekali lagi atas ucapan dan ingatan daripada anda semua. Terima kasih daun keladi.
Sebelum terlupa, saya ingin meminta maaf sekiranya saya ada melakukan apa-apa kesalahan pada semua ahli keluarga saya, saudara mara saya, sahabat andai saya di atas kekhilafan saya bersama-sama dengan anda semua sebelum ini. Maafkan saya dan saya juga memaafkan pada anda semua sama ada saya kenal dari dekat ataupun dari jauh.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1436H yang bakal berkunjung tiba sedikit hari lagi. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua berbanding tahun-tahun yang lepas. Semoga ibadah puasa serta ibadah-ibadah khusus dan umum yang kita kerjakan dan beramal kali ini di Redhai oleh Allah s.w.t. In Shaa Allah, amin.
Sekian. Wassalam.
https://www.facebook.com/norman.h.alfan
No comments:
Post a Comment