Monday, July 13, 2015
Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin Liberal dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.
Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.
"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.
Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.
Penubuhan GHB pertama kali diumumkan Mat Sabu dalam satu ceramah di Pulau Pinang.
Beliau yang juga bekas naib presiden PAS itu berkata, GHB tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.
Katanya, pada masa kini, permohonan pendaftaran bagi GHB sudah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mereka masih menunggu ia diluluskan.
Lebih daripada itu, Mat Sabu berkata, penubuhan gerakan itu dilihat satu bentuk kerjasama politik parti pembangkang yang akan dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0. – 13 Julai, 2015.
http://celahgelegar.blogspot.com/2015/07/liberal-mat-sabu-rakan-rakan-tewas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29
No comments:
Post a Comment