Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 18 July 2015

Perkataan yang tidak sesuai diguna dalam temuduga


KEBANYAKAN orang akan berasa gementar dan takut apabila tahu mereka sedang dinilai oleh individu lain.

Misalnya, temuduga. Temuduga adalah sesi penilaian yang melibatkan syarikat yang berpotensi dijadikan tempat kerja, dengan calon yang berpotensi untuk dijadikan pekerja.

Tidak kira apa yang calon temuduga lakukan, hasil penilaian itu tetap berpandukan kesan yang diberikan oleh calon kepada si penemuduga, yakni lebih dikenali sebagai 'first impression', lapor Inc.com‎.

Jika calon memperkatakan sesuatu yang 'betul' atau sesuai pada masa yang tepat, calon berkemungkinan besar mendapat posisi yang dimohon, tidak kira bagaimana hebat atau buruk 'resume' atau kebolehan sebenar yang mereka.

Menutur sesuatu yang boleh memberi tanggapan buruk pula mungkin akan menyebabkan calon langsung tidak berpeluang meneruskan temuduga atau mendapat jawatan yang diinginkan.

Begitulah besarnya pengaruh perkataan tersebut kerana ia mampu memberikan kesan yang kritikal dan jika calon ingin mengharungi temuduga dengan baik, mereka haruslah mengelak dari menggunakan beberapa perkataan yang tidak sesuai.

Elak guna perkataan 'benci'.

Perkataan 'benci' memberikan beberapa gambaran tentang karekter calon. Mereka yang menggunakan perkataan tersebut dianggap 'membawa' perasaan negatif yang kuat.

Penemuduga selalunya mahukan pekerja yang mampu mencari sisi positif dalam setiap hal, dan walaupun jika mereka bencikan sesuatu, pekerja tetap mampu meletakkan sentimen 'benci' tersebut di tempat yang sesuai.

'Benci' juga bukan alasan untuk calon 'mengeluh' semasa temuduga, contohnya seperti memberitahu bagaimana bencinya dengan pekerjaan lama, atau bencinya kepada kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja.

Calon masih mampu menggunakan 'benci' dalam satu konteks menarik, seperti menggunakan ayat "Saya rasa seperti tidak dihargai di tempat kerja lama saya" dan bukannya "Saya benci tempat kerja lama saya".

Jangan cakap 'tidak'

Sepanjang karier calon nanti, mereka akan banyak menggunakan perkataan 'tidak'. Terus-terang, penggunaan 'tidak' yang sesuai mungkin akan memberikan kelebihan kepada pekerja tersebut jika ianya digunakan pada konteks yang betul dan untuk melindungi kepentingan peribadi.

Tetapi dalam konteks sebuah temuduga, tidak ada satu alasan pun kenapa calon perlu menggunakan 'tidak'.

Bayangkan jika penemuduga bertanya: "Adakah anda sanggup melakukan X untuk syarikat?". Jika calon menjawab 'tidak', calon berkemungkinan besar terus gagal dari temuduga tersebut.

Untuk menjawab soalan yang berbaur rumit atau 'trick question', gunalah perkataan 'mungkin' dan bukan 'tidak'. 'Mungkin' lebih memberikan nilai positif dari perkataan 'tidak'.

"Saya akan bekerja keras"

Tiada calon yang akan datang temuduga dan memberitahu mereka adalah malas. Sebahagian besar calon akan kata mereka akan 'kerja keras', tapi tidak semua dari calon mampu membuktikan perkara tersebut.

Calon boleh bercerita mengikut konteks 'kerja keras'. Contohnya bagaimana sebelum ini calon mampu menyiapkan sebuah laporan dalam tempoh seminggu atau mampu bekerja tanpa mengambil cuti sakit selama dua tahun.

'Um, uh, er'

'Uh', 'um' dan 'er' akan membuatkan calon nampak tidak yakin, jadi adalah digalakkan supaya calon temuduga dari menggunakan perkataan tersebut sepanjang mereka bersoal jawab. Ianya mampu mencalarkan kredibiliti dan menampakkan calon 'lemah' dari yang sepatutunya.

Jika calon perlu berfikir untuk penggunaan ayat yang sesuai, elakkan dari bercakap. Diam lebih bagus dari menuturkan perkataan-perkataan yang langsung tidak menarik.

Ini akan melibatkan sedikit latihan, tetapi jika calon berjaya 'memadam' perkataan 'Uh, um, er' dari kamus mereka, ia adalah satu latihan yang berbaloi. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/07/ambil-sekadar-ingatanperkataan-yang.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...