Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 22 July 2015

RAJA NAMRUD (NIMROD) DAN FREEMASON

Kenalilah musuhmu. Musuh akhir zaman yang megah bertahta dalam lautan fitnah. Inilah dunia kita hari ini. Fitnah ada dimana-mana. Ramai yang tidak iahu atau tidak ambil peduli. Semua sibuk sesibuk Perdana Menteri. Tiada masa merenung musibah bakal ditempuh terutama anak cucu nanti.

Inilah dunia DAJJAL, dunia yang sesak dengan najis. Dunia gila paling dahsyat. Dunia glamour yang tidak pernah lepas dari sentuhan tangan ghaib, tangan mereka yang hidup bergelumang najis FITNAH.

Konspirasi? Itulah ibu fitnah Dajjal. Juga dunia bank RIBA. 

Dapatkah kita lari? Tidak sesekali. Melainkan atas pertolongan Allah swt. Berdoalah.


Patung STATUE OF LIBERTY merupakan lambang kepada ibu Namrud 
(Semiramis) yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah 
roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.
Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group - Sony Pictures 
Entertainment yg dimiliki oleh Keluarga Rothschild

Kisah Namrud di dalam Al Quran (Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh) ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Freemason, Illuminati etc.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq) dan memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun.


Namrud adalah manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai ''New World Order.''

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / Arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.


KESESATAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Jumlah kejahatan dan kezalimannyanya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati.

Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Krismas.


Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.

Kemudiannya, ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Watak-watak Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud.

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan STATUE OF LIBERTY di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

Gambar Semiramis juga terpampang dalam duit syiling lama Amerika Syarikat.

Image result for semiramis old US syiling

Patung STATUE OF LIBERTY itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

KETURUNAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang menyesatkan.

SISTEM PEMERINTAHAN

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka

Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 
2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization

Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka (Pemimpin Boneka). Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri.

PENEMUAN KITAB SIHIR

Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.

Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.

Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil.

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung langsung dengan AL-MASIH AD DAJJAL yang sedang dikurung dan dirantai sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW.

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia.

Rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan, dan mereka dapat masuk ke alam syaitan.

Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Ketika Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam, The Knigth Templar terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup.

Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi.

Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".

Sepertimana yang kita nampak pada hari ini, tentera-tentera Dajjal telah merosakkan Masjid Al Aqsa dan sedang dalam proses pembinaan Haikal Sulaiman.

13 KETURUNAN ILLUMINAT & RAJA NAMRUD

The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga,pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.

The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu.

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.

Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild misalnya berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada kesihiran, ilmu hitam dan mistik.

Salah satu dari 13 keturunan tersebut ada yang mempunyai pertalian langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Noh a.s.

Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini,

Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan atas tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya juga telah diserang hendap oleh pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.

Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini membuktikan ada ''seseorang'' yang mengetahui salasilah keturunan yang panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh.

Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah dan beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika hal demikian diuruskan oleh ''seseorang'' yang berumur panjang, ribuan tahun.


Sejak ribuan tahun dahulu, Pemimpin2 Freemason amalkan cara hidup Firaun iaitu kahwin sesama adik beradik supaya kuasa pemerintahan hanya berlegar2 dikalangan keturunan Firaun.

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”;

( Al-Quran: Surah Al-Baqarah:102 )


http://akhzaman.blogspot.com/2015/07/raja-namrud-dan-freemason.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...