Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 19 July 2015

Subhanallah.. Bandar timbul semula selepas tenggelam 25 tahun

Villa Epecuen
VILLA Epecuen adalah sebuah perkampungan pelancongan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai. Berbeza dengan pusat pelancongan yang lain, Villa Epecuen yang terletak di sepanjang pantai Lago Epecuen iaitu sebuah tasik garam ini mempunyai tahap garam kedua tertinggi di dunia dan sepuluh kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan. ‘Hilangnya’ pusat pelancongan indah ini disebabkan oleh limpahan hujan luar biasa sekitar tahun 1985 sehingga menenggelamkan banyak bandar di situ.
Terletak 600 kilometer di bahagian barat daya Buenos Aires, Argentina, tasik ini menjadi tumpuan kerana dikatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi, penyakit kulit anemia, kencing manis dan kemurungan. Kuasa terapeutik yang terdapat pada tasik ini menjadi terkenal selama beberapa abad. Penempatan di Villa Epecuen bermula lewat abad ke-19. Penduduk dan pengunjung pertama dikatakan mula mendirikan khemah di sepanjang pantai untuk menikmati aktiviti di kawasan tersebut.
Bermula dari perkampungan gunung yang lengang, Villa Epecuen berubah kepada resort pelancongan yang sibuk. Tidak lama kemudian, lokasi pelancongan ini berubah kepada tarikan pelancongan antarabangsa dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia. Menjelang tahun 1960, bilangan pelancong yang berkunjung ke Villa Epecuen mencecah sehingga 25,000 orang, sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi pelancongan yang sangat popular manakala bilangan penduduk pula dicatatkan mencecah 5,000 orang pada tahun 1970-an.
Manakala kegiatan ekonomi melibatkan hotel, penginapan asrama, spa, kedai-kedai dan muzium melibatkan 300 perniagaan pula dikatakan berkembang dengan pesat. Zaman kegemilangan Ville Epecuen ‘pudar’ apabila musim hujan berlangsung dalam jangka panjang melimpahkan hujan lebih banyak ke kawasan bukit-bukit di sekelilingnya; menyebabkan Ville Epecuen ditenggelamkan sedikit demi sedikit. Pada 10 November 1985, air hujan yang turun di sekitar empangan dilaporkan menenggelamkan bandar tersebut hingga empat kaki, sekali gus memaksa penduduknya berpindah sedikit demi sedikit keluar dari pusat pelancongan terbabit.
Menjelang tahun 1993, banjir yang berlanjutan dikatakan menenggelamkan bandar tersebut sehingga 10 meter. Villa Epecuen hanya ‘muncul’ semula ke permukaan hampir 25 tahun kemudiannya (tahun 2009) apabila banjir mulai reda; meninggalkan sisa-sisa bangunan dan tapak pusat pelancongan yang masih teguh berdiri. -AP
http://www.lulu-pages.com/2015/07/subhanallah-bandar-timbul-semula-selepas-tenggelam-25-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...