Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 19 August 2015

Bersatulah Melayu..Agenda Jahat Mereka Sudah Hampir Tercapai !!!

Kisah sebelum PRU14 dan relevan untuk masa-masa akan datang...

Perangkap yang telah dipasang atas nama demokrasi dan masyarakat majmuk telah memperdayakan banyak orang orang melayu yang berjuang mengikut hawa nafsu semata mata. Pelbagai helah yang telah dilakukan diperkatakan bagi memenangi hati rakyat yang berbangsa Melayu yang cetek ilmu percaturan politik.

Akhirnya mereka ini terperangkap di dalam agenda yang membunuh bangsa mereka sendiri. Itulah DAP sebuah parti yang mengamalkan dasar dasar perkauman yang amat kuat dikalangan mereka. Mereka adalah pengamal kecinaan yang telah diterap dari tahun 60an lagi oleh PAP yang mana ibu kepada DAP.


Gaya dan corak pemerintahan mereka banyak menjurus kepada membela bangsa dan kuasa bagi kecinaan yang ada di dalam diri mereka. Kita telah dapat melihat bagaimana pemecahan majoriti berlaku di Singapura kepada bangsa melayu. Kini sedang terjadi di Pulau Pinang.

Agak menyedihkan masih ada lagi bangsa Melayu yang tidak sedar tentang hal ini, mereka ini di ulit dengan kata-kata manis yang dihamburkan oleh DAP kepada UMNO. Segala kata kata DAP seumpama “Al-Quran” bagai mereka ini. Kata kata yang tidak boleh disanggah sama sekali itu lah pengikut dan pemimpin PAS dan PKR yang kini sanggup untuk membunuh bangsa dan negara mereka sendiri demi DAP.



DAP telah membuka penyertaan keahliannya kepada bangsa lain adalah satu helah untuk mengaburi mata masayarakat agar masyarakat berfikir bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan perkauman, tetapi mereka silap, mereka telah tertipu, mereka telah terpedaya.



DAP membuka ruang penyertaan tersebut bukan kerana untuk menjadikan Partinya berbilang kaum akan tetapi hanya lah untuk mendapatkan undi dari pihak orang orang tolol yang berada didalam bangsa melayu.Sebagaimana sikap DAP, parti ini tidak akan membuka ruang yang seluasnya bagi bangsa lain menguasai apa juga yang telah mereka kuasai. DAP adalah sebuah parti caunivis yang amat tebal didalam sanubari mereka.



Dengan demikian , apa juga helah yang dibuat dan diberikan dan ditawarkan kepada bangsa lain hanya lah sandiwara sahaja. Melayu kini telah terperangkap dalam politik DAP. Apa yang amat jelas ialah ‘DAP parti cauvinis’



Berbalik semula dengan agenda jahat DAP untuk menghancurkan negara ini dengan menggunakan PAS sebagai kuda tunggangan.


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...