Ada-ada saja.Kerajaan pusat guna tema 'Malaysia, Sehati Sejiwa' sebaliknya kerajaan DAP Pulau Pinang nak pakai tema 'Bersih, Cekap, Amanah' untuk perayaan Hari Kemerdekaan.
Tengok kiri tengok kanan depan belakang,Jangan marah kalau ada yang rasa apa lagi tujuan kalau bukan nak main politik dan buat bising cetus kontroversi menjelang NGO puak pembangkang nak anjur himpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ramai yang bertanya sejak bila DAP tiba-tiba jadi peminat slogan ciptaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diguna pada awal pentabirannya dulu.
Siapa yang boleh tolak andaian minat itu didorong adanya perkataan 'Bersih' pada slogan itu dan senario politik semasa.
Ada juga yang melihat 'jarum' cukup halus pada isu slogan ini dalam konteks timingnya sekarang.Macamlah tidak ada slogan lain.
Secara tidak langsung ia boleh mengambarkan seolah semua sekolah menyokong perhimpunan anti- kerajaan itu. Dalam pada itu nama Dr Mahathir cuba diheret menerusi pengunaan slogan itu.
Jangan lupa ada juga perkataan 'Amanah' di situ.Bukankah kelak parti baru yang hendak didaftar oleh geng PAS dalam Gerakan Harapan Baru hendak dinamakan Amanah.
Pejabat Pelajaran Pulau Pinang sudah keluarkan pekeliling arah semua sekolah di negeri itu tidak menyertai perayaan Kemerdekaan dianjur oleh kerajaan negeri.
Ikut Pengarah Pelajaran Negeri,Osman Hussain ini kerana tema 'Bersih' yang nak dipakai kerajaan negeri bertentangan dengan tema kerajaan pusat.
Lawaknya pengerusi jawatankuasa penganjur perayaan kemerdekaan negeri Law Choo Kiang meminta pejabat pelajar bersikap profesional dalam soal ini.
Dia meminta jangan jejas hubungan baik kerajaan negeri dengan sekolah-sekolah.
Sebaliknya siapa agaknya yang tidak profesional cuba main politik dengan murid sekolah dan guru guna tema perayaan kemerdekaan?
Ketua Menteri Lim Guan Eng tetap nak pertahan pengunaan slogan 'Bersih,Cekap,Amanah'.
Katanya kerajaan negeri akan ambil tindakan jika pengunaan slogan itu tidak dibenarkan.
Timbalan Ketua Menteri II Dr P. Ramasamy cuba bagi alasan jangan samakan slogan itu dengan gerakan Bersih.
Katanya sejak tujuh tahun lampau kerajaan negeri mengunakan tema lain dari kerajaan pusat untuk perayaan kemerdekaan.
Sementara itu Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahadzir Khalid yang mengulas isu berkenaan menegaskan sepatutnya satu tema saja harus digunakan oleh seluruh rakyat Malaysia untuk perayaan kemerdekaan.
Katanya," Ini adalah hari kemerdekaan.Kita smeua rakyat Malaysia tidak harus bergaduh keatas perayaan ini.Lebih baik ikut tema yang ditetapkan oleh kerajaan pusat."
Beliau menegaskan arahan larangan kepada semua sekolah di Pulau Pinang daripada menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan negeri, kekal sehingga sebarang keputusan dimaklumkan kelak.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Zainal Abidin Osman yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kata perayaan kemerdekaan harus fokus kepada perpaduan dan solidariti dna bukan dipolitikan.
Tahun lalu kontroversi timbul bila anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang diisytihar pertubuhan itu menyalahi undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyertai perbarisan di Hari Kemerdekaan peringkat negeri itu
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/bila-dap-tiba-tiba-jadi-peminat-slogan_23.html
No comments:
Post a Comment