Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 21 August 2015

Inilah lokasi Low Yat 2, yang dijangka bermula tiga bulan lagi

Plaza Low Yat 2
Pusat jualan komputer dan gajet elektronik ala Low Yat yang bakal dibangunkan di Ba­ngunan Mara di sini (Kuala Lumpur), dijangka memulakan operasi dalam tempoh tiga bulan lagi. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan pusat itu pada peringkat awal akan membabitkan pembukaan 30 ruang niaga untuk para usahawan tempatan. Katanya, perincian pelan pembangunan itu akan dibentangkan oleh Mara dalam mesyuarat pasca Kabinet, Isnin ini.
“Kita minta disegerakan pembinaannya yang dijangka dalam tempoh tiga bulan lagi sudah dapat beroperasi setelah kerja-kerja pengubahsuaian dilaksanakan sesuai dengan kehendak orang muda sekarang,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang RISDA di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tumpuan turut diberikan untuk mendapatkan penglibatan syarikat pengeluar telefon bimbit terkemuka seperti Apple Inc. (Apple) dan Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) serta syarikat-syarikat telekomunikasi bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran bil dan sebagainya. “Kita mahu pusat perniagaan ini dapat menjadi pusat sehenti dan orang ramai boleh berurusan dengan mudah.
“Daripada segi pengurusan operasinya, kita minta Mara mengambil tanggungjawab sepenuhnya tanpa campur tangan pihak lain,” kata­nya. Mengulas penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, Ismail Sabri berkata, undang-undang khusus perlu diwujudkan segera melalui jawatankuasa itu bagi membolehkan semua parti politik mengisytiharkan sumber kewangan yang diperoleh daripada mana-mana pihak.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, akta atau peraturan berkaitan amat diperlukan bagi mengelak sebarang masalah dan kekeliruan sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat. “Peraturan ini sudah lama kita cadangkan tetapi pembangkang tidak bersetuju. Kita tidak mahu mereka bersikap dwistandard apabila tidak mahu akta ini diwujudkan tetapi mendesak parti kerajaan mendedahkan sumber kewangan,” katanya. -Utusan-
http://www.lulu-pages.com/2015/08/inilah-lokasi-low-yat-2-yang-dijangka-bermula-tiga-bulan-lagi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...