Susulan tersebarnya gambar dan video Stacy memeluk agama Islam, netizen mula memberikan pelbagai respon. Umat Islam di Malaysia rata-rata menyambut baik dengan keputusan Stacy memeluk agama Islam.
Namum sebaliknya berlaku kepada orang bukan muslim. Orang bukan Islam melemparkan komen-komen yang berbentuk sindiran yang tidak sewajarnya di laman facebook sehingga membuatkan anda menggelengkan kepala.
“Stacy, kalau kamu masuk agama Islam disebabkan kamu rasa agama itu lebih baik dari agama asalmu, saya salute kamu. Tapi kalau kamu memeluk agama Islam disebabkan berkahwin dengan lelaki Islam, saya pasti kamu akan ada penyesalan di suatu hari nanti,” kata Laimah Kenneth.
Yang paling mengejutkan adalah komen ini “Stacy peluk Islam, nanti tak dapat lagi kau makan babi,” kata Benert Ben sambil ketawa.
Ada juga yang mengomen dengan ayat “Jangan kau masuk Islam Stacy. Ada DNA babi darah kau. Haram,” kata Leo Pardino.
Alangkah sedihnya melihat komen-komen sebegini. Lihatlah, inilah cabaran buat saudara baru yang baru sehari memeluk Islam.
Namun ada juga yang memberikan komen-komen positif antaranya adalah:
“Convertlah, apa mau bising. Kalau lama dah tak masuk gereja, masuklah masjid. Jangan tak ada agama, nanti lepas mati orang tidak tau mau letak di mana. Lepas mati mana ada bak bapa dia kisah sama dia lagi,” kata Alexious Stephen.
“Ibu Stacy sendiri yang bukan beragama Islam itu relaks saja boleh teman lagi anak dia pergi Jabatan Agama. Kamu orang pula yang sibuk-sibuk bertelagah, tak malukah?” kata Zizie Mohd Yusoff.
“Syukur Stacy, kamu mendapat hidayah dari Allah. Biarkan orang lain mencaci maki kamu. Yang penting Allah ada bersama kamu. Akim, jaga Stacy baik-baik. Semoga kekal hingga akhir hayat,” kata Jsk Rahman.
Sebagai peminat, kita sepatutnya memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat Stacy dan seterusnya pada hubungannya dengan Akim. Semoga Stacy cepat kahwin. Amin…
http://www.blogammar.com/inilah-respon-kurang-ajar-selepas-stacy-peluk-islam/
No comments:
Post a Comment