Alang Pelikat: SAYA RASA HARGA MINYAK SENGAJA DIJATUHKAN OLEH AMERIKA BAGI MELUMPUHKAN EKONOMI RUSSIA GARA2 TINDAKAN RUSSIA DI UKRAINE..
Amerika tak suka campurtangan dan gangguan Russia dalam agenda Amerika untuk Ukraine..
Ukraine sangat penting bagi US untuk persiapan perang masa depan dengan Russia (dan China) yang US harap dia akan menang..
Amerika mahu Ukraine diserap dalam EU dan NATO, dan lepas itu pangkalan tentera US-NATO akan ditempatkan di Ukraine yang turut menampung tentera US-NATO dan senjata termasuk senjata nuklear yang akan ditalakan ke Moscow dan seluruh Russia..
Amerika amat berharap untuk ambil alih pangkalan tentera laut Russia di Crimea, tapi Russia sudah nampak niat jahat US, lantaran dia jelapak masuk dan merampas Crimea serta menaja pemberontakan etnis Russia di timur Ukraine.
Russia terpaksa kucar-kacirkan Ukraine supaya ia tak boleh masuk NATO dan EU. Ukraine adalah "underbelly" (bahagian bawah perut) Russia, sebagaimana Canada atau Mexico kepada US maka ia sanggup perang nuklear dengan US bagi mencegah Ukraine masuk NATO..
Maka US sangat marah tapi tak mampu perang dengan Russia yang memiliki 10,000 bom nuklear, Russia merupakan satu2 negara dunia yang mampu lunyaikan US dan menjadikannya satu longgokan besar abu termonuklear..
Maka jalan lebih selamat bagi Amerika ialah melumpuhkan ekonomi Russia yang sangat bergantung pada eksport minyak.
Semua negara Eropah dan Turki kini dipaksa US membatalkan projek usahasama dengan Russia bagi membina paip minyak melalui Turki, Greece, Georgia dan negara Eropah lain untuk eksport minyak secara langsung dari Russia ke Eropah..
Saudi Arabia, boneka terbesar US, dipaksa mengepam keluar seberapa banyak minyak melebihi had bagi melimpahi pasaran dari sepatutnya..
KESANNYA KINI KITA DAPATI HARGA MINYAK TURUN KE PARAS SANGAT RENDAH, SEKITAR USD38 PER TONG..
Pendapatan Russia kini sangat terjejas, maka usaha perangnya di Ukraine juga akan terjejas. Juga usahanya untuk kembali ke status kuasa besar seperti Soviet Union dulu. Oleh kerana kejatuhan harga minyak adalah universal, maka bukan saja Russia yang terkesan, tapi semua negara dunia, termasuk MALAYSIA..
Semua ini adalah caturan Amerika untuk tundukkan Russia (lepas tu China), satu2 negara yang ia tak mampu tundukkan melalui peluru, senapang dan bom.
Tapi Russia tak akan tunduk, bermakna dunia akan semakin dekat dengan Armageddon..
Wallahualam.
Mainan Dajjal
Apa yang menakutkan: Ia juga ada kaitan denganTPPA, MH370, MH17, China, Spratlys, Sulu-Sabah, lawatan Presiden US ke Malaysia dll...
http://abatasa2.blogspot.com/2015/08/krisis-minyak-dunia-semakin-dekat.html
No comments:
Post a Comment