Berita ini masih lagi samar-samar dan ringkas setakat ini.Kalau betul ia pasti khabar menarik dalam pencarian MH370.Stesyen televisyen Sky News melaporkan Ahad satu objek dipercayai ‘mungkin’ pintu pesawat ditemui di tepi pantai di Pulau Reunion.
Ia memetik wartawannya sebagai memberitahu objek ini ditemui di satu lokasi lain dari tempat serpihan sayap ditemui empat hari lalu.Setakat ini para pakar yakin serpihan sayap yang ditemui adalah dari pesawat jenis Boeing 777.
Namun setakat ini serpihan sayap itu yang sudah dibawa ke Pranchis untuk pemeriksaan belum dapat dipastikan samaada ia dari MH370.
Apapun sebelum ini dalam lingkungan Lautan Hindi belum pernah ada kemalangan udara libatkan Boeing 777 kecuali kehilangan MH30 yang penerbanganya dipercayai berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Ini mencetuskan teori kemungkinan serpihan itu dibawa arus ombak sampai ke Pulau Reunion yang terletak di Timur Madagascar.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/mh370objek-dipercayai-pintu-pesawat.html
No comments:
Post a Comment