Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 3 August 2015

Nasihat Usman bin Affan Kepada yang Ingin Menikah

CALON merupakan tuntunan agama, sunnah Nabi yang mulia, cara berkesan mengelak dari zina, juga di dalamnya terdapat kenikmatan yang tiada tara. Tentu bagi para pemuda yang telah siap, berkahwin sangatlah dianjurkan. Apalagi mengingat zaman sekarang penuh dengan berbagai macam fitnah yang melenakan.

Kanan kiri banyak wanita yang gampang pendedahan aurat, tanpa mereka sedari itu adalah perbuatan maksiat. Padahal dari rahim mereka kelak lahir para pembesar umat. Dari didikannya pula lah yang diharapkan mampu mencetak generasi taat terhadap nilai-nilai syariat.

Perkahwinan memang bukan hal yang remeh. Ada hal-hal tertentu yang mesti kita siapkan sebelum menaiki tangga kebersamaan. Memang bukan hal yang juga mudah untuk dilaksanakan, tetapi bukan pula perkara yang sukar kalau mau diniatkan. Semua pasti ada jalan.

Niatkan menikah kerana Allah Taala, insya Allah akan ada keberkatan di dalamnya. Jangan hanya sekadar memilih yang cantik paras dan banyak hartanya. Ada yang lebih penting dari pada itu semua, yakni faktor keturunan dan juga agamanya.

Amirul mukminin Ustman bin Affan pernah berpesan kepada anak-anaknya, "wahai anak-anakku, sesungguhnya orang yang hendak berkahwin itu bagaikan orang yang hendak menyemai benih. Maka hendaklah ia memerhatikan di mana ia akan menyemainya. Dan ingatlah bahawa (wanita yang berasal dari) keturunan yang buruk jarang sekali melahirkan keturunan yang baik. Maka, pilih-pilihlah terlebih dahulu walaupun sejenak. "

Jelaslah bahawa bibit, bebet, berat calon pasangan kita perlu juga diperhatikan, meskipun sejenak. Kerana dari perkahwinan itu, kita semua mengharapkan adanya kebaikan. Kebaikan dalam setiap sisi masing-masing pasangan.

Tentunya pula dalam sebuah pernikahan kita mahukan dikarunia-i putra / putri yang baik perangainya, baik agamanya. Oleh kerana itu sebelum berkahwin perhatikanlah hal-hal yang menjadi hak anak kita kelak. Bukankah Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Hak anak terhadap orang tuanya ada tiga, dan salah satunya adalah memilihkan calon ibu yang baik bagi anaknya kelak.

Semoga, ini boleh dijadikan pelajaran bagi sesiapa ketika hendak melangkah ke alam pernikahan.

*sumber dari islampos.com

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...