Penduduk tempatan di Pulau Reunion kini bagaikan berada dalam ‘pertandingan mencari harta karun’ kerana apa saja cebisan atau serpihan yang ditemui akan segera diserahkan kepada pihak berkuasa. Jurucakap bandar Saint Andre, Jean-Yves Sambimanan berkata, orang ramai mungkin akan berfikiran apa-apa bahan logam yang dijumpai di kawasan pantai Pulau Reunion adalah dari pesawat MH370
“Apa saja objek logam yang ditemui di kawasan pesisiran pantai diserahkan kepada kami. “Sedangkan ia kemungkinan objek lain yang dihanyutkan oleh lautan ke persisiran pantai di pulau itu,” katanya. Dalam pada itu, misi untuk mencari lebih banyak serpihan daripada pesawat MH370 di kawasan persisiran pantai Pulau Reunion Ahad lalu tidak memberi sebarang petunjuk baru kerana pihak berkuasa yakin serpihan logam metalik yang ditemui penduduk tempatan bukan datang dari pesawat terbabit. -AP
http://www.lulu-pages.com/2015/08/penduduk-di-pulau-reunion-bagaikan-berada-dalam-pertandingan-mencari-harta-karun-kerana-mh370.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment