Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 9 August 2015

Penerbangan MH370: Cebisan al-Quran dijumpai ketika operasi mencari serpihan pesawat



SAINT-ANDRE (Pulau Reunion): Cebisan al-Quran plastik – ditulis dalam jawi, skrip Arab yang digunakan di Brunei dan Malaysia – ditemui di Pulau Reunion di Lautan India dan diserahkan oleh penduduk pulau Jumaat,  lapor The Telegraph.

Cebisan al-Quran itu adalah penemuan terbaru di pantai yang mungkin boleh dikaitkan dengan pesawat hilang milik Penerbangan Malaysia, MH370.

Seorang wartawan Malaysia memberitahu al-Quran itu mungkin berasal dari Malaysia, Indonesia atau Brunei, tiga negara majoriti Islam di Asia Tenggara, atau dari Mindanao, sebuah pulau di Filipina.

Beberapa serpihan ditemui di pulau itu telah ditentukan oleh pegawai Malaysia Rabu sebagai berasal daripada jet yang hilang itu.

Sejak itu, usaha untuk mencari lebih banyak bukti telah dijalankan. Perancis mempertingkatkan carian Jumaat dengan menggunakan helikopter tambahan dan kapal terbang untuk membuat rondaan udara di pulau itu, dan juga bot untuk mencari di persekitaran laut.

Datuk Bandar Saint-Andre berkata Khamis bahawa penyiasat akan menjalankan carian secara terperinci di kawasan pantai.

Ketika jumlah serpihan ditemui terus bertambah di pulau itu, saudara-mara 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan telah menyatakan hasrat mereka untuk pergi ke Pulau Reunion.

"Saya mahu melihat jika bagasi anak saya ada di sana," kata Lu Zhanzhong, yang anaknya berada dalam pesawat berkenaan, Telegraph melaporkan. "Kami mahu pergi ke pulau itu dan menentukan kebenaran."

Beberapa saudara-mara juga menuduh kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat yang hilang.

"Kerajaan Malaysia enggan menghantar sesiapa menemui kita," kata Jiang Hui, yang ibunya berada dalam penerbangan itu.



"Saya tidak tahu apa yang kerajaan Malaysia takut, atau apa yang ia cuba tutup."

Datuk Bandar Saint-Andre berkata saudara-mara penumpang akan dialu-alukan dan dilayan sebagai tetamu kehormat.

Beliau berkata bandar berkenaan bercadang membina sebuah peringatan bagi penumpang pesawat hilang itu. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/penerbangan-mh370-cebisan-al-quran.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...