Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 10 August 2015

Kita Perlu Berhati Hati...Golongan Yang Pecah Belahkan Rakyat Malaysia...

Kisah Sebelum PRU14...


Aku syak rakyat di negara ini sedang dilaga-lagakan melalui media sosial oleh hanya sekelompok orang yang bekerja di balik tabir dengan menggunakan pelbagai akaun fb sehingga menampakkan mereka ini kuat dan mewakili suara rakyat, walhal mereka hanyalah segelintir. Mereka misalnya menekan mana-mana masyarakat tokoh yang kelihatan berjuang untuk perpaduan orang-orang Melayu-Islam dengan memberi label rasis, ekstremis dan sebagainya.


Dengan komen-komen mereka yang biadap, ramai yang akan sakit hati dan marah, maka selepas itu setiap orang akan bertindak mengikut kemarahan tanpa memikirkan kebenaran lagi. Hasilnya adalah perbalahan yang berterusan.

Memang ini suatu sangkaan buruk, tetapi aku sebenarnya cuba bersangka baik bahawa adalah tidak masuk akal seorang Islam sanggup secara keterlaluan menyebarkan berita palsu, memaki sesama sendiri, mengedit gambar, membuat fitnah, dan menyakitkan hati orang lain sekalipun dalam keadaan negara dilanda musibah.

Aku fikir untuk tidak meluaskan lagi ruang perbalahan, adalah lebih baik unfriend sahaja sesiapa yang seperti itu, tidak kira mereka BN atau PR, kerana kebaikan tidak akan terbina dengan cara seperti itu walaupun mereka mendakwa perjuangan mereka adalah benar.

Kita sebenarnya mungkin sedang berlawan dengan hantu-hantu ciptaan musuh yang mahu memecah-belahkan rakyat dan menguasai negara ini selepas hancurnya perpaduan dalam kalangan rakyat. 


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...