Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 4 August 2015

PESAN KEPADA SEMUA YANG LEMBUT HATI


Lelaki Cina tua ini menjana pendapatan dengan cara menipu. Aktiviti penipuan beliau dilakukan dan terbongkar di kawasan Petronas Sri Kembangan & Pasar Borong Selangor. Sebelum ini kes yang lebih kurang sama juga telah dikongsikan oleh orang lain.


Kisah kali ini dikongsikan oleh Rakan Facebook : Rizamudin Mugeni 
(KREDIT KEPADA BELIAU. GAMBAR KAMI EDIT AGAR LEBIH TERANG)

Sebulan lepas, saya nak keluarkan duit di ATM Petronas Sri Kembangan. Lelaki Cina ini beratur depan saya. Tiba giliran beliau, dia berlakon yang kad ATM nya kena telan. Lepas tu dia keluar. 

Waktu saya keluar depan pintu Petronas, beliau dekati saya dengan muka susah hati. Dia beritahu yang kad ATM dia kena telan. Dia dari Penang. Baru ambik kereta anak kat Johor. Takde cash nak balik Penang katanya. Siap cerita anak dia ambik medic, ada BMW, bla bla.. (kononnya dari family yang OK gitu). 

Beliau nak pinjam duit dalam RM100. Siap janji nanti akan bank in balik ke akaun. Saya kata paling banyak saya boleh tolong RM20 saja. Nego punya nego beliau minta RM30. Saya pun dengan rasa belas kesian hulur duit. Jauh di sudut hati ada suara2 kecil berkata "ni scam ke ni?". Tapi tangan tetap menghulur. Hanya nombor telefon dijadikan sandaran.

Hari ni, saya nak isi minyak di Petronas yang sama, saya ternampak Cina tua ni tengah approach sorang motorist. Terus saya pergi ke arah mereka. Saya terus minta balik duit saya. Dengan selamba dia buka dompet dan dia hulur RM50. Saya pulangkan balik baki RM20. Motorist tu pun minta balik duit dia. Rupanya motorist tu siap dah beri RM100! 

Dahsyat. Tanpa perlu bekerja, dah dapat income RM100 untuk hari ini dengan modus operandi yang sama. Kad ATM kena telan, takde duit, dari Johor dan nak balik Penang. 

PELAJARAN
Kes begini sudah banyak terjadi di perhentian bas khususnya oleh penagih dadah atau ‘insan istimewa’ yang pandai berlakun. Namun kini modus operandi bertukar melibatkan orang tua yang nampak ‘berada’ untuk meyakinkan mangsa.

Hari raya baru-baru ini kami kongsikan golongan wanita bangsa asing yang ‘mengutip’ derma dari semua kenderaan yang berhenti di lampu isyarat, tol atau di kesesakan jalanraya. Begitu ramai netizens yang kongsikan maklumat bahawa aktiviti yang sama berlaku dibandar-bandar mereka juga. Wanita, OKU dan anak kecil dijadikan umpan.

Di bulan puasa juga telah dilakunkan aksi meminta sedekah ini oleh stesyen TV. Seorang pemuda gagah boleh mendapat RM75 dalam masa 45 minit sahaja. Tidak peliklah jika ada yang jumpa pengemis ini berbelanja besar di pasaraya, mampu membeli item yang lebih mahal dari yang mampu dibeli oleh pemberi derma. 

Sebenarnya mudah dikenal penipuan ini jika kita benar-benar berhati-hati. Orang yang benar-benar susah dan memerlukan sebenarnya sukar kita lihat meminta sedekah begini. Kita harus cari mereka di celah-celah masyarakat. Hubungan kejiranan, kekerabatan dan peranan ketua masyarakat setempat adalah satu-satunya laluan untuk memastikan kesahihan keperluan mereka untuk menerima derma. 

Sila peringatkan semua kaum kerabat kita, bukan sahaja di sekitar Seri Kembangan dan Kajang sahaja kerana mereka ini boleh menukar lokasi. Kongsikan maklumat yang sama jika aNda telah terkena supaya yang lain tidak turut menjadi mangsa. 

Tidak dinafikan masyarakat kita sangat lembut hatinya dan suka menderma, khasnya kaum wanita. Berbuatlah dengan ilmu. Gunakan pendengaran, pengelihatan dan hati, jangan kita buat atas dasar sangka-sangka (QS:17/36, QS: 10/36)

WARGA PRIHATIN


https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154078832897786/?type=1

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...