Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 17 August 2015

Yang pasti namanya bukan Low Yat...Bagus Jugak ada Pusat IT Untuk Bumiputra



Siapa yang ada idea nanti boleh sertai pertandingan namakan pusat beli belah IT di bangunan MARA yang diharap oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob jadi "Low Yat 2".
"Yang pasti, (namanya) bukan Low Yat," katanya ketika memberitahu pihaknya memutuskan hendak pertandingan mencipta nama bagi pusat jualan produk telefon dan aksesori sekan-akan Low Yat Plaza itu.

Bercakap kepada wartawan di Alor Star Jumaat beliau berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional.

Katanya, ini kerana dalam keadaan politik sekarang yang mana parti sedang diasak pembangkang, kesemua komponen BN seharusnya bersatu dan menjadi lebih kuat.

"Jangan kerana isu remeh dan isu disalah erti, kita bertelagah sesama sendiri. Dari segi semangat parti kita tetap wujudkan kesatuan kita, dengan syarat jangan tindas orang lain," katanya.

Baru-baru ini, Ismail mencadangkan supaya sebuah pusat sehenti produk telefon seakan-akan plaza Low Yat dibuka di bangunan MARA, khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera.

Beberapa pihak dari MCA dan DAP telah mempertikaikan idea itu.

Namun Ismail tegas mempertahankan cadangan itu.

Isu Plaza Low Yat hangat baru-baru ini gara-gara kes curi telefon bimbit dan tindakan juru jual situ memukul pemuda Melayu berkenaan.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2015/08/yang-pasti-namanya-bukan-low-yatbagus.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...