TASIK Kelimutu di Gunung Kelimutu, Ende di Indonesia merupakan sebuah gunung berapi yang mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia mempunyai tiga tasik kawah dengan tiga warna berbeza di puncaknya. Juga dikenali sebagai Danau Tiga Warna, warna tasik di sini berubah dari semasa ke semasa disebabkan aktiviti gunung berapi yang wujud berjuta tahun dahulu.
Kini, warna ketiga-tiga tasik adalah hijau kehitaman, hijau dan hitam. Difahamkan, pada zaman dahulu, ada tasik berwarna merah, biru dan putih. Kelimutu adalah gabungan kata dari perkataan keli yang bermaksud gunung dan mutu yang bermaksud mendidih. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, setiap warna tasik memiliki erti dan kekuatan alam yang sangat dahsyat.
Gunung Kelimutu dijumpai seorang pegawai tentera Belanda pada tahun 1915 selepas dia mendengar cerita daripada penduduk kampung bahawa ia adalah tempat syurga dan neraka. Namun, menurut legenda, kawasan ini adalah tempat di mana pesalah mendapat balasan daripada kesalahan yang dilakukan. Sejak itu, penduduk tempatan percaya bahawa roh manusia akan ke sini selepas mereka mati sebelum hilang dalam salah satu tasik. – Altovart
http://www.lulu-pages.com/2015/09/keindahan-tasik-kelimutu-di-gunung-kelimutu-ende-yang-miliki-tasik-3-warna.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment