Perkongsian yang perlu kita sedar akan jasa UMNO yang kini cuba dilenyapkan!
- Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil evolusi sebuah kerajaan Melayu-Islam, yang berakar-umbi dari Kesultanan Melayu Melaka.
- Asas kerajaan ini adalah Islam yang merupakan idealogi Negara dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi pertuturan/penulisan Negara.
- Sistem ini warisan Kesultanan Melaka dan ia kekal sebagai struktur penting di kepulauan Nusantara walaupun selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.
- Kerajaan-kerajaan Nusantara selepas Melaka mengekalkan ciri-ciri Melayu-Islam, dari segi agama, bahasa, budaya, politik dan pentadbirannya.
- Dasar penjajahan British mengakui entiti Kesultanan Melayu sebagai sebuah KERAJAAN dan mereka menandatangani perjanjian atas kapasiti tersebut.
- Walaupun berlaku perubahan demografi penduduk dan politik akibat penjajahan British ia tidak menjejaskan asas tersebut.
- Bagi pendatang Cina dan India pada awal dekad ke-20, mereka masih kekal sebagai kaum 'luar' dari masyarakat Melayu-Islam di negara ini.
- Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dan India ke negara ini adalah sebagai kumpulan masyarakat pekerja yang diwujudkan oleh British untuk kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.
- Kerana itulah pentadbiran British dan Raja-raja Melayu tidak menganggap kaum Cina dan India yang berhijrah sebagai rakyat pada masa itu.
- Hanya selepas Perang Dunia Kedua, generasi terawal Cina dan India diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan mudah.
- Anak-anak mereka juga diberi kerakyatan secara langsung iaitu kerakyatan hak lahir atau JUS SOLI di bawah Perlembagaan yang dibentuk pada tahun 1957.
- Akibatnya pada awal tahun 60-an hampir 44 peratus rakyat Malaya dari keturunan Cina dan India.
- Kemasukan mereka mengubah tatacara negara dari negara Melayu yang ekslusif kepada negara pelbagai etnik. Persekutuan Tanah Melayu ke Malaya kemudian Malaysia.
- Dalam proses ini, masyarakat Melayu yang dulunya membentuk NEGARA, kini berubah menjadi KOMUNITI.
- Inilah titik permulaan dan pokok pangkal pengakomodasian dan penerimaan masyarakat bukan Melayu dalam sistem politik Negara.
- Pada tahun 50-an, masyarakat Melayu sangat miskin berikutan dasar British yang menetapkan mereka sebagai pesawah padi untuk bekalan makanan utama negara (beras).
- Menjadi petani merupakan PENGORBANAN besar orang Melayu, dibandingkan ekonomi kaum Cina yang berasaskan timah jauh lebih baik kerana upah yang mahal.
- Majoriti masyarakat Melayu ketinggalan dan peratusan bukan Melayu semakin besar dan mereka adalah rakyat yang membentuk negara.
- Tetapi persoalannya mengapakah masyarakat Melayu masih memilih untuk mengakomodasi mereka yang bukan Melayu pada ketika itu?
- Apa faktor yang menyebabkan timbulnya konsensus penduduk pribumi menerima bukan pribumi berkongsi negara yang luar biasa itu?
Faktor utama penerimaan pribumi terhadap bukan pribumi ketika itu adalah ekonomi, ancaman komunis dan pengaruh pemimpin UMNO.
- Ekonomi: Kaum Cina dan India merupakan penyumbang utama sektor ekonomi yang penting seperti timah, getah dan perdagangan.
- Golongan elit Melayu yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran kerajaan British sedar sekiranya mereka tidak menerima dan mengakomodasi bukan pribumi akan wujud ketidakstabilan sosial yang ketara.
- Di pihak masyarakat Cina dan India, pemimpin kaum masing-masing memarakkan semangat menuntut hak kerakyatan dan ianya disokong British.
- Kerajaan British di England menyokong tuntutan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka dalam sektor getah, timah tidak terganggu walaupun selepas Malaya merdeka.
- Memberi kerakyatan kepada bukan pribumi merupakan cara terbaik mengekalkan kepentingan ekonomi British ketika itu.
- Faktor kedua adalah ancaman komunis yang mendapat sokongan komuniti Cina pada tahun 1948 dan seterusnya.
- Memberikan kerakyatan kepada bukan pribumi dapat menjauhkan kaum Cina dari idealogi komunis yang menjanjikan KESAMARATAAN.
- Pemimpin UMNO menolak keras kesamarataan dan komunis dan berkongsi tekad bersama British bagi menghancurkan pemberontakan 1948.
- Dengan memberi kerakyatan kepada bukan pribumi atas dasar konsensus, UMNO mengharapkan lahirnya semangat kesetiaan mereka pada Negara baru.
- Selain itu adalah peranan pemimpin MCA dan MIC yang berjaya menyakinkan pemimpin UMNO pada ketika itu untuk menerima bukan pribumi sebagai rakyat.
- Semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC adalah tinggi kerana mereka bekerjasama erat menuntut kemerdekaan.
- Semangat setiakawan UMNO, MCA, MIC itu membuka jalan bagi kaum pribumi memberikan konsensus kepada kerakyatan bukan pribumi.
Orentasi kepimpinan UMNO yang menjurus ke arah pengakodasian boleh dikaitkan dengan latar belakang sosial mereka.
- Susur galur kepimpinan UMNO ketika itu terdiri dari golongan elit tradisonal (aristokrat/bangsawan), pentadbir dan guru.
- Kerana latar belakang sosial ini, mereka berada dalam kedudukan istimewa dimata masyarakat Melayu, Cina dan India.
- Sungguhpun kaum Cina lebih kaya (peniaga), tapi mereka tidak mampu mencabar status golongan bangsawan (hierarki feudal).
- Ketika itu, antara pergerakan nasionalis Melayu, UMNO adalah kumpulan yang mempunyai pendedahan paling meluas kepada bukan Melayu.
- Menerusi kedudukan sebagai Menteri Besar, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan guru. Pemimpin-pemimpin utama UMNO terdedah dengan isu-isu kaum Cina, India yang mahu mendapat status sah.
- Lagipun tiada ancaman ketara kerana simbol utama kerajaan Melayu iaitu KESULTANAN MELAYU kekal terpelihara dan dijamin Perlembagaan 1957.
- Perlembagaan mengakui Sultan, Islam, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan dengan jaminan tersebut orang-orang Melayu tidak keberatan berkongsi negara.
- PAS parti politik yang menggunakan label agama ketika itu MENENTANG akomodasi atas dasar Malaya hak Melayu.
- PAS menentang isu kerakyatan bukan Melayu dan meletakkan ISLAM sebagai justifikasi bagi pendiriannya.
- Pada Oktober 1962 PAS telah mengemukakan resolusi di Parlimen berkenaan isu tersebut.
- Hanya selepas PRU 1969 (13 Mei) PAS menerima bukan Melayu sebagai status quo tanah air ini (fait accompli).
- Dalam kata lain, kepimpinan UMNO lah yang menjadikan pengakomodasian kaum bukan Melayu satu kenyataan.
- Selepas 13 Mei, wujud kesedaran dikalangan pemimpin negara untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara pribumi dan bukan.
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat PERTAMA DEB iaitu 'menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum'.
- Keperluan masyarakat yang menjadi panduan dalam memberi bantuan kewangan, sokongan pendidikan, dasar perumahan dan lain-lain.
- Matlamat kedua DEB adalah 'mengurangkan hubungan antara identifikasi fungsi ekonomi dengan etnik'.
- bagi menyelesai masalah ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu perlu memperkukuhkan KUASA POLITIK. Kuasa membaiki kesejahteraan ekonomi.
- Tetapi dalam proses itu (selepas 13 Mei), pemimpin UMNO tidak pernah mengabaikan asas akomodasi dalam apa juga keadaaan pun.
- Fakta kesediaan UMNO berkongsi kuasa adalah sejak dulu, kekal 1/3 ahli Parlimen Malaysia BN terdiri daripada bukan Melayu, Islam.
- Nisbah yang sama dilihat dalam barisan Kabinet Persekutuan dan dasar perkhidmatan awam.
- Sebelum dan selepas DEB peranan kaum Cina dalam sektor ekonomi kekal signifikan. Polisi kerajaan BN JELAS mengalakkan pertumbuhan.
- Masyarakat Cina yang membentuk 1/4 dari penduduk Malaysia menguasai 3/4 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia.
- Struktur kekayaan negara jelas membuktikan masyarakat Cina terus mendominasi lapisan atas sektor ekonomi sebelum dan selepas DEB.
- Kecuali negara China dan India hanya Malaysia yang mengiktiraf Bahasa Cina/Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah.
- Perbagai aspek budaya Cina, India dapat diamalkan tanpa halangan malah perayaan agama turut diberikan CUTI KEBANGSAAN.
- Jika dinilai dengan jujur, kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah melayani dan berkhidmat dengan adil, saksama sejak merdeka.
- OLEH HELME HANAFI-
No comments:
Post a Comment