Inilah punca sebenar berlakunya jerebu di Malaysia! Sebuah syarikat perladangan dari Indonesia ini adalah penyebab berlakunya jerebu di Malaysia dan Singapura. Syarikat perladangan ini melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan asap tebal merebak ke Singapura dan Malaysia didenda Rp15 bilion (RM4.51 juta).
Syarikat perladangan yang bernama PT Adei Pelalawan & Industry. PT Adei memiliki ladang kelapa sawit seluas 12.856 hektar di Desa Kemang, Desa Palas, Desa Batang Nilo Kecil, Desa Telayap dan Desa Sungai Buluh di Pelalawan, Riau.
Hakim mahkamah tempatan berkata, syarikat itu didapati melakukan kelalaian yang mengakibatkan berlaku kerosakan teruk terhadap alam sekitar.
“Berdasarkan fakta kes, terdapat kebakaran yang berpanjangan selama dua minggu di kebun milik syarikat terbabit sehingga menyebabkan berlaku pencemaran dan gangguan asap di kawasan sekitar sehingga ke negara jiran,” katanya.
Susulan asap tebal yang menyebabkan jerebu di Malaysia, beberapa negeri telah diarahkan sekolah ditutup kerana indeks pencemaran udara berada pada paras merbahaya untuk kesihatan. Setakat ini belum ada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani masalah jerebu di Malaysia.
No comments:
Post a Comment