Assalamualaikum.
Korang familiar tak dengan "cradle cap" atau selalu orang panggil masalah kerak kepala baby nih?
Kali ni aku nak share pengalaman aku sendiri, masa baby kedua Hasya memang ada kena cradle cap nih. Penting jugak info ni sebab kalau jadi dekat baby kita, kita tau nak buat apa and nak selesaikan macam mana.
Bagi yang tak pernah dengar cradle cap tu ape kan,
Cradle cap : sejenis masalah kulit yang kelihatan berwarna kekuningan, berkelompok, berminyak, keruping besar yang selalu menghinggapi kulit kepala bayi baru lahir. Sekali imbas, mommies tengok seakan-akan macam kelemumur orang dewasa, tapi versi lebih teruk dan kena dekat baby. Selalunya baby tak rasa gatal-gatal jika terkena masalah kerak kepala atau cradle cap ni. Selalunya akan kena seawal beberapa hari selepas dilahirkan.
Masalah ni 2nd baby aku kena. Tak sure sebab apa tapi yang seingat aku start nampak macam putih-putih dekat kepala masa umur dia 3 bulan yang lepas. Mula-mula tu nampak putih-putih je, so aku expect macam tak serius lah kan. Nanti lepas mandi cuci-cuci sikit hilang lah lama-lama. Tapi, makin hari makin ketara, lagi-lagi lepas mandi kan, bila rambut dia basah, nampak melekat2 dekat helaian rambut macam keruping color kekuningan. Aku dah cuak giler time tu. Kenapa jadi macamtu pulak kan. Sedihnyaaa, dah la baby kecik lagi.
Rambut Hasya masa sebelum dicukur
Tambah pulak, setakat ada dua orang anak ni, masa lahir diorang memang jenis lahir-lahir rambut jenis lebat. Masa anak 1st Medina dulu pun lebat, tapi yang 2nd Hasya ni aku rasa 3x ganda lebat rambut dia masa lahir. Masa sebelum cukur, tak jadi lagi cradle cap ni, memang aku tak nampak apa-apa pun kecuali putih-putih sikit macam ala-ala kelemumur gitu je. Tapi aku tak lah risau mana sebabkan normal la baby baru lahir, baby belum dicukurkan lagi rambut, ada kekotoran terlekat dekat rambut baby masa dia dalam perut kita lagi.
Masa cukur rambut Hasya dulu, tukang cukur tu cakap ada kerak tebal jugak. Dia tak berani nak tekan sangat takut berdarah pulak nanti kan, kepala baby masa tu dah la tengah lembut lagi. So, memang lama jugak amik masa nak cukur dulu, dah la rambut tebal. Bila dah cukur, aku rasa lega gilerr, semua dah bersih sempurna. Kekotoran masa dalam perut dulu, dah selesai buang dan cukur sampai habis.
Rasanya dalam 3 bulan macamtu, dia start naik. Rambut Hasya masa 3 bulan memang dah penuh dengan rambut, cepat naik. Kalau tengok daripada jauh memang tak nampak dah berkerak tu, sebab dah ditutup dengan rambut. Tapi bila aku telek dekat-dekat memang nampak, geramm sampai aku sendiri gosok slow-slow kasi keluar. Bila gosok, makin banyak keluar berkeruping. Selalunya aku akan gosok kepala dia masa tengah mandi la, masa mandi kan kulit lembut sikit. Kalau gosok time kepala kering, risau boleh berdarah tau. Naya tak pasal-pasal.
Aku perasan sebab aku duduk dekat tempat ada lighting, so selak-selak rambut, Ya Allah berkeraknyaa! bukan sikit tapi banyak. Sampai aku menangis la jugak..wuuu sedih la tengok kepala anak. Dia tak gatal, serius, kalau gatal mesti dia nak gerak-gerak tangan usik atau nangis kan, tapi takde pun. Yang si Hasya ni muka rilex je, aku je yang cuak beruk. Yang aku baca, kalau kulit kepala gatal dan berkerak sampai buat baby rasa tak selesa tu ECZEMA. wallahualam.
Pastu aku mengadu la dekat husband. Husband cakap jom bawak pegi check up, jumpa doctor pakar terus. Masa jumpa doctor, aku tunjuklah kepala Hasya. Doc cakap ni sebabkan kering and terjadi sebab masa dia dalam perut ibu lagi. (So kiranya nih salah aku la.huwaaa sedih i). Doc cakap jadi sebabkan hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak. Aku tanya la doctor, teruk ke, normal ke benda macamni. Doctor cakap normal, selalu je jadi dekat baby umur 3-4 bulan ke bawah. Lepastu doctor bagi cream khas untuk sapu dekat kepala Hasya.
Selain daripada cream yang doctor bagi tu, mak aku cakap lepas mandi kerapkan pakai "baby oil" dekat rambut dia. Lepas dah pakai, guna sikat yang rapat-rapat tu (mak aku suh pakai sikat kutu terus.haha), dan sisir rambut tu berulang kali kasi keluar kerak kepala. Yes aku buat macamtu. Hasil dia ok tak? of course lah berhasil. hehe. 3 minggu macamtu dah takde, hilang.
Tips yang aku bleh share utk rawat masalah cradle cap ni atau masalah kerak kepala ni dekat korang :-
(mungkin berhasil depends pada keadaan baby masing2)
1) Bila jadi macamni, jangan cuak, tapi bila dapat tau je, terus bawak baby pegi jumpa doctor. Tanya kenapa and cara nak rawat. Kalau boleh jumpa doctor pakar kanak-kanak terus lah lagi bagus. Dapatkan nasihat and nanti doctor selalunya akan bagi cream khas utk baby.
2) Selain guna cream yang doctor bagi, basuh rambut baby dengan shampoo baby dan ia boleh longgarkan keruping (yg aku baca dan aku buat la). Masa cuci rambut baby tu, gosok dan sapu slow-slow kepala baby. Bagi org Islam, selawat 3x sekali InshaAllah.
3) Lapkan kepala dan rambut baby. Kalau boleh semua benda ni lakukan slow-slow, janganlah ganas sangat sebab kesian kepala baby lembut lagi. Yerr aku tau ko geram bila nampak kerak keruping banyak sangat, tapi sila bersabarr. Aku pun geram jugak, tapi kang buat kasar-kasar bahaya.
4) Lepas mandi, sapu baby oil dekat kepala baby. Janganlah sapu banyak sangat, over betul kau ni kan! haha. Sapu yang memadai sudah. Ada orang letak minyak zaitun, ada orang guna olive oil, kalau aku guna baby oil yg biasa tu je :) Sambil sapu, korang boleh urut lembut bagi baby rasa selesa. Kadang-kadang baby boleh mengantok terus sebab dia khayal orang belai-belai rambut dia. hehe. Mengada betul.
5) Sikat rambut baby gunakan sikat rapat-rapat. Kalau nak guna sikat kutu tu pon no hal. Tu mak aku ajar la. haha. Tapi kalau ada rambut lah, kalau takde rambut, kau nak sikat apa ye tak ? hehe
6) Ulang setiap hari and selalunya masalah ni akan hilang dalam 2-3 minggu (depends pada baby yerkk). Masa mandikan baby pun, jgn lupa cuci hari-hari.
Hasil dia?
Alhamdulillah, dah takde dah masalah kerak kepala lagi dekat baby Hasya. yeayy!
Rambut pun makin sihat, lebat, kulit kepala bersih, dan rambut bersinar-sinar uols.hehe.
Baby Hasya, 5 bulan ++
Ok tu je nak shareee! hehe.
Kot-kot ada mummy yang mengalami macamni bila bersalin nanti, boleh guna tips di atas.
Bye-bye
INFO YANG ANDA PERLU TAU!
No comments:
Post a Comment